Perhatian Semua! Ini Cara Nak Mohon Bantuan Prihatin Nasional M40 & B40

Artikel ini sangat penting untuk geng-geng mak cik Kiah dan juga kepada anda yang mungkin tergolong dalam kelompok M40 & B40. Seperti yang semua dah maklum, Perdana Menteri sudahpun mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat minggu lepas.

Hasrat bantuan ini tak lain tak bukan adalah untuk memastikan ada makanan di atas meja makan setiap keluarga sepanjang PKP ini. Ini kerana ramai yang terjejas terutama bagi mereka yang mendapat gaji harian.

Pembayaran bantuan ini akan dilakukan selama 2 fasa iaitu akhir bulan Apri dan Mei 2020.

Kalau anda belum daftar, jangan panik. Anda boleh berbuat demikian dengan membuat pemohonan baru mulai 1 April ini menerusi laman web rasmi LHDNM. Semuanya online sahaja dan tak payah pergi pejabat.

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:

Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau

Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.

Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Tempoh membuat semakan:

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan

Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my

Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my

Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

 

 

 

Sumber: Says

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • Kuppamah A/p Rengasamy
    • 1 April 2020
    Reply

    952,jln Kg baru sabak bernam
    45200

  1. Permohonan bantuan prihatin pakatan nasional

    • Mohd nur fiteri bin suhaimi
    • 2 April 2020
    Reply

    Bantuan bujang

    • MOHD IZWAN BIN MAMAT
    • 2 April 2020
    Reply

    izwanmamat85gmail.com

    • wan boehana bin wan omar
    • 3 April 2020
    Reply

    terbaik untuk rakyat

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna