Perhatian! Ini Tindakan Awal Yang Perlu Kita Buat Bila Digigit Anjing Liar

Hati mana yang tidak runtun apabila anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang diduga dengan kejadian tular baru-baru ini, digigit anjing liar yang di Sekolah Agama Rakyat Haji Awaluddin, Teluk Kemang Port Dickson. Cedera di bahagian leher kanan, tangan dan peha kiri kini Muhammad Adib kini sedang menerima rawatan di Hospital Port Dickson. Kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata dan berdasarkan maklumat daripada pihak sekolah terdapat beberapa anjing liar yang sering masuk ke kawasan sekolah dan guru akan mengambil tindakan dengan menghalau haiwan tersebut sebelum sesi persekolah bermula.

Disebabkan kejadian ini juga, pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menjalankan operasi bagi menangkap anjing liar yang menyerang kanak-kanak berusia enam tahun itu. Sebagai ibu bapa ini bukan lah sesuatu yang boleh dianggap sebagai perkara enteng dan remeh kerana melibatkan anak terutama sekali si kecil yang tidak tahu apa-apa.

Perkara ini perlu dilihat daripada setiap sudut, di mana setiap individu memainkan peranan penting bagi menjaga keselamatan dan memberi pengawasan yang lebih terperinci pada sesuatu kawasan terutama di kawasan perumahan, tapak permainan dan kawasan sekolah. Anda perlu tahu bahawa kecederaan akibat gigitan anjing boleh mengundang bahaya yang mengancam nyawa apatah lagi ia melibatkan anjing liar yang tidak tahu status kesihatan haiwan tersebut.

Image result for anjing liar kanak-kanak

Sumber: harianmetro

Tanda Dan Kesan Yang Berlaku Apabila Digigit Anjing

Akibat daripada tusukan gigi taring anjing ia akan menyebabkan pendarahan berlaku dan memberi kesan kepada mangsa seperti kesakitan, demam atau berasa gatal di bahagian terlibat. Bahaya apabila air liur anjing mengandungi kuman berbahaya seperti rabies dan lain-lain lagi. Ia akan menyebabkan mangsa mengalami kekejangan otot dan boleh membawa maut. Ia sama juga seperti penyakit anjing gila jika tidak rawat ia boleh membawa pada kematian.

Image result for anjing liar kanak-kanak

Sumber: beritaharian

Apa Perlu Anda Lakukan Sekiranya Terkena Gigitan Anjing?

  • Pastikan mangsa berada dalam keadaan tenang
  • Cuci luka dengan menggunakan air bersih seperti air paip kerana ia mengalir
  • Berikan tekanan pada bahagian luka dengan menekap kain bersih untuk hentikan pendarahan
  • Jika pendarahan masih berlaku, teruskan tekanan pada bahagian nadi dengan tidak melebihi 10 minit.
  • Dapatkan bantuan hospital atau hubungi 999

Mungkin perkara ini juga dapat dibendung sekiranya masyarakat beri perhatian  pada tiga tiga perkara untuk mengelakkan daripada ancaman digigit anjing antaranya elakkan diri daripada menghampirinya, jangan mengganggu dan gunakan alat atau pakaian pelindung untuk mengendalikan haiwan tersebut.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Legakan Hidung Berair Dan Tersumbat Dengan Cara Ini

 

 

Sumber: harian metro & myhealthgov

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna