Perhatian Ibu Bapa! Ini 5 Tip Untuk Elak Anak Jatuh Sakit Musim Raya

Kesibukkan menyediakan persiapan raya ini sebenarnya boleh menandingi kesibukan bekerja tau! Mana tidaknya, bagi mereka yang sudah bekeluarga sudah diibaratkan mempunyai tanggungjawab yang wajib untuk menguruskan hal-hal penting apabila tibanya Aidilfitri.

Hal penting seperti pengurusan baju raya suami, anak-anak dan diri sendiri. Bukan itu sahaja, nak mencantikkan rumah juga merupakan satu perkara yang wajib dalam persiapan raya! Belum pula Donna sembang pasal juadah untuk beraya. Juadah pula sudah tentu akan melibatkan lebih daripada satu menukan?

Tatkala dalam kesibukkan mengendalikan perkara-perkara seperti ini, tiba-tiba pula anak jatuh sakit. Haih! Tergendala semua urusan demi menguruskan kesihatan anak. Jadi, Donna disini ingin membantu golongan ibu bapa di luar sana dengan berkongsikan tip untuk mengelakkan anak daripada jatuh sakit pada musim raya ni.

Baca:4 Tip Mudah Berjimat Cermat Beli Baju Raya

Waktu Tidur Anak

Donna faham kadang kala ibu bapa terlepas pandang waktu tidur anak. Bila tiba raya pula mereka ini wajib bangun awal untuk turut menyambut hari mulia Aidilfitri. Jadi Donna nak ingatkan jika anda mempunyai sebarang perancangan untuk menyambut perayaan, pastikan anak-anak tidur awal dan mempunyai tidur yang cukup.

via GIPHY

 

Permakanan 

Dari segi permakanan pula kenalah pastikan anak untuk minum air putih secukupnya. Pentingkan bagi mereka untuk mengutamakan air putih berbanding air manis yang lain. Donna faham apabila waktu raya pasti ada pelbagai jenis air lain sebagai hidangan. Begitu juga dengan permakanan. Perbanyakkan buah-buahan dan juga sayuran terlebih dahulu.

via GIPHY

 

Menyusu

Jika anak masih dalam dalam proses penyusuan badan. Maka jangan hentikan proses ini dan teruskan penyusuan tersebut. Susu ibu sebenarnya terdapat banyak kelebihan yang sangat diperlukan oleh si kecil ini. Oleh itu, musim perayaan bukan merupakan alasan untuk tidak menyusukan anak ya!

via GIPHY

 

Kebersihan Kunci Utama

Tip untuk kali ini adalah merupakan satu langkah basic yang penting untuk diamalkan setiap masa, di mana kita berada dan apa sekalipun yang kita lakukan! Kebersihan juga adalah sangat penting dalam mengekalkan kesihatan diri-sendiri dan juga keluarga!

via GIPHY

 

Donna berharap perkara ini dapat membantu memberikan peringatan kepada para ibu bapa dalam menguruskan keluarga ketika musim perayaan ini.

 

 

Baca juga:

Raya Ketika PKPB, Apakah Hikmahnya?

Ini Senarai Garis Panduan Solat Jumaat & Solat Sunat Aidilfitri Yang Harus Dipatuhi Oleh Negeri Perak

 

 

 

 

 

 

Sumber:mamz.com.my

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna