Pergh Menyengat! Ini Penjelasan Ilmiah Kenapa Kentut Bau Busuk

“Oi siapa yang melepas ni?”

Rasa nak mengamuk bila kita tengah berhimpit dalam kereta lepas itu ada bau yang tak menyenangkan muncul tiba-tiba. Dah masing-masing menggelupur nak dapatkan pengudaraan yang nyaman. Kalau anda nak tahu, manusia normal sebenarnya mengeluarkan angin rata-ratanya 14 kali dalam tempoh 24 jam. Ha, banyakkan?

Tapi percaya atau tidak, 99 gas yang keluar itu sebenarnya tidak berbau. Cuma, kadangkala, bau yang keluar bukan main padu sampai kita nak terpengsan dan menyengat lain macam. Sebenarnya, ada pejelasan yang ilmiah tau kenapa bau kentut menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Jom baca!

via GIPHY

Bakteria dekat usus

Kalau anda nak tahu, sepanjang proses pencernaan, bakteria usus menghasilkan sulfur seperti hidrogen sulfida yang menghasilkan bau tak menyenangkan pada gas yang kita keluarkan. Semua ini bergantung juga kepada apa yang kita makan.

Makanan buat kentut berbau

Makanan yang mengadungi sulfur yang tinggi boleh menyebabkan bau kentut anda macam bau telur tembelang. Antara makanan yang tinggi kandungan sulfur ialah bawang, brokoli, kacang, keju, buah kering, kacang dan anggur.

Bukan itu sahaja, sumber protein juga boleh mengundang bau busuk pada kentut seperti telur, daging, dan ikan.

via GIPHY

Lactose intolerant

Mungkin juga tubuh anda tidak boleh terlalu minum bahan bersusu tak kisahlah ais krim, keju dan atau susu itu sendiri. Apabila enzim tubuh anda tidak boleh mencerna laktosa yang berada di dalam makanan bersusu, kentut anda pun mulalah berbau.

Raffinose (RFO)

Kacang buncis mengandungi oligosakarida (raffinose) iaitu tersenarai dalam kelompok gula yang menyebabkan perut kita mengembung. Jadi, kalau tubuh anda tak dapat nak mencernakan gula jenis ini, itulah yang buat kentut berbau. Tapi, merendam kacang ini dalam air boleh membantu mengurangkan RFO.

Sembelit

Kalau anda jenis yang suka makan makanan berserat rendah. Anda akan mengalami kesukaran untuk buang air besar. Ini akan menyebabkan kentut anda berbau padu. Kalau kita sembelit, kotoran yang pernah ada akan menempel di usus besar dan menyebarkan banyak gas.

Jadi, minumlah banyak air untuk melawaskan makanan di dalam perut anda. Tapi kalau rasa macam pelik sangat bau kentut anda, pergilah rujuk pakar kerana anda mungkin mengalami penyakit berkaitan usus.

Apapu, kalau sebelum nak kentut, pastikan anda bagi warning dulu ya dekat ahli keluarga terdekat. Tak tak pasal-pasal kena ‘maki’!

 

 

 

Baca juga:

Kentut Depan Pasangan Boleh Buat Hubungan Lebih Kuat

Penjelasan Ustazah Asma Tentang Kentut Faraj & Solat

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna