Pergh, Legend Kembali! Ramai Teruja Lagu Raya Baru Daripada Senario

Bagi yang membesar dalam era 90 an, kumpulan pelawak Senario boleh dikatakan selebriti wajib dikenali dan memberikan pengaruh yang cukup kuat pada zaman itu. Filem, lagu dan sitkom mereka selalu menjadi kegilaan dan ikutan.

Senario dianggotai oleh Wahid, Lan Pet Pet, Iilya, Hamdan , Saiful Apek, Yassin dan Azlee. Masing-masing kemudian menjadi sangat terkenal dengan karakter masing-masing. Habis semua anugerah dibolotnya!

BACA: Tu Pelampung Titanic Ke Baju Raya?; Lain Ditempah, Lain Yang Sampai

Sumber: Says

Punyalah lama kita tak dengar cerita mereka dekat TV, tiba-tiba tahun ini ada berita baik dan gempak daripada mereka semua. Mana tidaknya, kumpulan itu kembali dengan lagu raya bertajuk Di Hari Yang Mulia dengan nama Senariounion.

BACA: Jadikan Aidilfitri 2020 Lebih Bermakna Dengan Lakukan 5 Perkara Ini

Netizen teruja!

Terkejut dengan lagu baharu itu, netizen nampaknya begitu teruja dengan comeback kumpulan pelawak terkenal itu. Lagipula, kita memang inginkan lagu raya yang baharu untuk tahun ini, kan?

Siapa yang belum dengar, sila dengar sekarang. Boleh juga jadikan ia lagu tema raya tahun ini sambil masa rendang dekat dapur tahun ini, kan?

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna