Pergh Hebat! Laksa Penang Tersenarai Dalam Makanan Paling Sedap Di Dunia

Anda beruntung dapat duduk di Malaysia sebab setiap hari disajikan dengan pelbagai pilihan makanan yang sedap dan lazat. Tapi percaya tak dalam banyak-banyak hidangan dekat dunia ni, Laksa Penang tersenarai dalam makanan paling sedap di dunia. Memang tak dapat dinafikan keunikan rasa kuah ikan yang pekat memang layan habis kalau dihirup kuahnya!

Proud to be Malaysian gitu! Kalau nak tahu makanan apa lagi yang sedap di dunia, jom lihat di bawah mana tahu lepas ni anda boleh meneroka satu pelusuk untuk rasa sendiri keenakan yang mereka katakan tu. Senarai ini disediakan oleh CNNGO.com.

Image result for tom yam gung

Sumber: tomyamgung

Tom Yam Gung

Sawadekap! Wah tom yam tersenarai dalam 10 senarai makanan paling sedap di dunia. Bagi yang tak pernah rasa tom yam ia merupakan hidangan makanan signature bagi masyarakat di Thailand. Disebabkan kita hidup berjiran, jadinya ia turut menjadi antara makanan kegemaran buat rakyat di Malaysia. Tom yam ni paling best dihidangkan pada waktu malam, panas-panas! Memang terbaik!

Image result for penang laksa

Sumber: univeler

Penang Asam Laksa

Kuah yang berisi ikan sardin, potongan nenas, sedikit rasa masam kemudian ditabur pula sayur dan cili memang menjadi favourite bagi masyarakat Malaysia. Sekali makan, pasti nak lagi kerana hidangan ini mempunyai rasa yang cukup lengkap dan tidak membuatkan anda berasa muak apabila dimakan berulang-ulang kali.

Image result for hamburger

Sumber: homeland

Hamburger, Germany

Bayangkan bila dah terlampau sedap, setiap restoran Hamburger di Jerman mampu mengaut keuntungan sebanyak 20 bilion dalam setiap tahun. Gabungan kepingan roti dan daging memang satu hidangan yang mudah dan sesuai buat golongan kanak-kanak termasuklah dewasa.

Image result for peking duck

Sumber: south

Peking Duck, China

Kepingan isi daging itik yang dipanggang, sekali pandang terus telan air liur! Bukan itu sahaja daging tersebut disapukan sedikit sos kicap manis yang akan membuatkan ia lebih sedap dan berkuah ketika dimakan.

Image result for sushi jepun

Sumber:  mediaviral

Sushi Japan

Siapa penggemar makanan Jepun dekat sini? Haa, rata-rata rakyat Malaysia sekarang ni memang gemar makan sushi, sampai ada buat suhsi rendang lagi. Walaupun ia dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi nasi yang digunakan amat mengenyangkan perut.

Image result for coklat

Sumber: rumahmesin

Chocolate, Mexico

Untuk pengetahuan anda, minuman coklat di Mexico adalah minuman yang pahit yang mempunyai kepentingan agama buat masyarakat di sana. Minuman ini amat digemari berbanding dengan bar coklat yang sangat manis sehingga ia terkenal dan menjadi kegemaran semua orang pada masa kini .

Haa macam mana mesti terliur kan tengok semua makanan di atas, kalau nak tahu lokasi mana lagi yang menarik anda boleh klik link di sini :

Jom Bawa Keluarga Cuba Makanan Sedap Di Bangi. Confirm Kecur Liur

 

 

 

 

Sumber: kertaspaper

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna