Perdana Menteri Menjawab Persoalan Rakyat Mengapa BPN Fasa Kedua Gagal

Tatkala sesetengah rakyat sudah lega mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama yang diperuntukkan oleh kerajaan, tapi masih ada segelintir lagi yang masih menunggu keputusan status permohonan.

Lebih menyedihkan lagi apabila baru-baru ini ada yang melahirkan keluhan dan rasa sedih mereka sejurus keputusan semakan Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang sepatutnya diterima Mei ini, tidak lulus.

Kenapa fasa kedua ramai tidak lulus?

Inilah yang menjadi persoalan kebanyakan rakyat Malaysia walhal pada fasa pertama sebelum ini ramai yang telah menerima bayaran bantuan. Isu ini dijelaskan sendiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media pada 10 Mei lalu.

“Ada beberapa sebab tertentu yang menyebabkan bantuan ditolak antaranya maklumat yang diisi tidak lengkap dan rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan tetapi telah hilang pendapatan sejak PKP dilaksanakan,”

Beliau turut meminta rakyat untuk ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sediri untuk membuat permohonan rayuan atau menghantar email dan turut menegaskan pihak kerajaan tidak berjanji semua rayuan boleh diluluskan namun yang memenuhi syarat yang munasabah boleh diluluskan.

Lihat komen keluhan dari rakyat lebih banyak…

Pihak LHDN turut memuat naik beberapa keping gambar jadual waktu pejabat beroperasi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan untuk memudahkan rakyat berurusan di kaunter. Tapi, ramai pula yang membanjiri ruangan komen dengan menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Kenyataan Media LHDNMWAKTU OPERASI KAUNTER DUTI SETEM DAN KAUNTER PUSAT BAYARAN LHDNM SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT07 Mei 2020

Posted by Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia on Wednesday, May 6, 2020

Kami turut merasa berdukacita bagi mereka yang gagal tapi harap bersabar dan pastikan status anda mematuhi syarat kelulusan BPN.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Kecewa Duit BPN Tak Masuk..” – Cermin Bank BSN Dipecahkan!

Tak Jadi Rogol Sebab Koronavirus!

 

 

 

 

 

Sumber: fbmhdaily

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna