Percutian Paling Santai! Dah Sampai Melbourne Wajib Singgah 5 Tempat Menarik Ni

Nak melancong di luar negara tapi mesti anda terfikir tentang kos perbelanjaan kerana ia melibatkan mata wang asing yang berbeza. Jika di Malaysia memang tidak dapat dinafikan ia adalah sebuah negara yang dipenuhi dengan kepelbagaian kaum dan bangsa tapi apa kata kali ni anda melancong ke negara yang mempunyai pelbagai budaya, adat dan masyarakat yang berbeza di negara kita.

Untuk anda yang tengah merancang untuk melancong pada musim cuti sekolah nanti, Melbourne adalah salah satu destinasi menarik yang patut anda kunjungi bersama keluarga. Ia merupakan bandar raya atau ibu negeri yang terbesar di Australia selain dari Sydney. Jom lihat satu persatu tempat yang wajib anda singgah jika sampai di Melbourne pasti membuatkan anda teruja!

Image result for brighton beach

Sumber: timeout

Brighton Beach

Nama pun percutian paling santai, tak sah kalau tak singgah di Brighton Beach kerana ia merupakan pantai paling best untuk melakukan aktiviti bersama keluarga seperti mandi-manda dan aktiviti air di luar negara. Buat para ibu di luar sana anda tidak perlu risau tentang kebersihan dan keselamatan anak kerana mereka sentiasa memastikan pantai bersih dan dijaga rapi oleh pekerja profesional.

Bukan itu sahaja jangan lupa posing di rumah kecil yang berwarna-warni di pantai ini. Haa ia dikenali sebagai bathing box yang wujud sejak tahun 1862 lagi.

Image result for luna park

Sumber: explore

Luna Park Melbourne

Anak-anak pasti suka sekiranya anda bawa mereka ke taman tema Luna Park kerana seakan-akan berada dalam alam fantasi dan anda dapat lihat pelbagai permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Roller Coaster, Twin Dragon dan Silly Serpent merupakan aktiviti tarikan yang ada di sana.

Memang first class habis! Walaupun ada sesetengah permainan agak menggerunkan namun keselamatan tetap diutamakan, jadi anda dan anak-anak tidak perlu risau. Jadi kan ia sebagai satu kenangan yang tidak dapat dilupakan rugi tak bermain di taman tema, Melbourne!

Image result for eureka tower

Eureka Tower

Bila berada di Australia ni bukan sekadar pemandangan pantai atau bangunan yang anda boleh nikmati, tetapi paling bertuah sekiranya anda dapat melihat 360 darjah view di tengah-tengah Melbourne. Untuk pengetahuan anda Eureka Tower adalah menara tertinggi yang membolehkan anda lihat semua bangunan dari atas, menarik kan?

Image result for flagstaff garden

Sumber: melbourne

Flagstaff Garden

Tak perlu duit yang banyak kalau nak bercuti, tapi anda harus pandai cari lokasi yang tidak menggunakan bajet yang tinggi seperti Flagstaff Garden. Haa tempat ni bukan hanya sesuai untuk dating je tau, tapi ia amat sesuai beriadah, berbual dan paling penting untuk santai bersama keluarga.

Yarra Valley

Dah penat bekerja dan menguruskan hal rumah tangga, untuk para isteri di luar sana Yarra Valley adalah lokasi paling sesuai untuk anda lupakan segala masalah yang anda alami. Pemandangan indah dan angin yang nyaman membolehkan anda melakukan beberapa aktiviti menarik untuk menenangkan diri.

Antara aktiviti anda boleh lakukan adalah bersiar-siar di kebun anggur, mengunjungi muzium dan menikmati rawatan di Piaf Day Spa. Haa masa ni lah untuk anda ambil masa dan ruang adakan me time. So jangan lepaskan peluang untuk singgah di tempat-tempat menarik seperti di atas.

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Prestasi Kerja Terjejas Akibat Kesihatan Mental Berpunca Dari Tempat Kerja

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna