Serius La Pisang Boleh Pulihkan Kegatalan?

Tidak semua buah mempunyai khasiat yang pelbagai. Maksud pelbagai adalah khasiat yang bukan hanya jika dimakan, malah pelbagai kegunaan lain yang anda tidak akan sangka!

Yelah, kita selalu didedahkan dengan pisang baik untuk kesihatan tapi tak ada penerangan yang lebih jelas dan terperinci.

Pisang dan kulit….

Untuk pengetahuan you guys, pisang berkesan untuk…

  1. Mengecilkan liang roma.
  2. Mengurangkan masalah jerawat.
  3. Memiliki astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan.
  4. Mengandungi potasium, besi, kalsium, proten, fosfor, vitamin A, B, serta C yang baik untuk kesihatan.
  5. Mampu merawat penyakit kulit kerana mengandungi elemen penyejuk yang mampu menyejukkan kulit yang terdedah pada cahaya terik sepanjang hari sekaligus dapat melembutkan kulit wajah yang kasar.

Pisang dan kesihatan…

Selain itu, satu kajian telah membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, mereka digalakkan mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Antara manfaat pisang untuk kesihatan yang lain adalah…

  1. Kandungan potasium tinggi dalam pisang dapat merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
  2. Kandungan fiber yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari. 
  3. Bagi masalah kegemukan boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam kerana dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah.
  4. Kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk. Nampak kesan nyamuk gigit, sapu je kulit pisang!

 

via GIPHY

Fakta pisang…

Bukan itu saja, pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus dan ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

Malah, pisang merupakan buah yang bebas lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Jadi, sangat sesuai untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

via GIPHY

Oh! Lagi satu, ada perbezaan tau antara pisang yang dimakan begitu sahaja dan diolah menjadi menu kerepek pisang atau pisang goreng.

Pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak tambahan. Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang seperti ini dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Semoga artikel ini dapat meningkatkan general knowledge kita.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tip Nak Bagi ‘Bater’ Pisang Goreng Ranggup!

Betul Ke Pisang Dapat Elak Dari Dijangkiti Covid-19?

Sumber: bidadaricantikmenawan

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna