Percaya Atau Tidak, Membela Kucing Dapat Mengubah Gaya Hidup Anda

Memelihara haiwan amat digalakkan jika menurut Islam tetapi menyeksa dan melakukan penderaan terhadap mereka adalah dilarang sama sekali di sisi agama. Itu kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Saimah Mukhtar.

Tambahnya lagi, daripada konteks pemeliharaan haiwan seperti kucing, sangat digalakkan di dalam Islam terutama sekali kucing-kucing yang terbiar dan hidup merempat di tepi-tepi jalan kerana kucing memang untuk dipelihara, dimanja dan dibelai. Malah, kekasih Allah pun membela kucing.

via GIPHY

Pelihara haiwan juga ada banyak kelebihan dan percaya atau tidak, ia mampu mengubah gaya hidup anda ke arah yang lebih baik.

Dapat mengurangkan stres

Walaupun kucing mempunyai ragam yang mampu buat anda menjerit satu rumah tapi, bila tengok muka kucing tak bersalah, terus hilang rasa geram. Silap-silap anda terus peluk dan cium-cium dia sambil memberi amaran manja kepadanya.

via GIPHY

Sesetengah kucing juga akan menunggu tuannya di hadapan pintu seakan menyambut anda balik ke rumah. Alangkah bahagianya bila ada kucing macam tu kan?

Didik jadi lebih berdisiplin

Membela kucing atau haiwan peliharaan lain bermaksud anda perlu mengambil kira faktor kesihatan, waktu makan, waktu mandi serta kebersihan tempat tinggalnya.

Ini secara tidak langsung mampu menjadikan anda lebih berdisiplin untuk membuat aturan dan mengajar mereka untuk membuang di tempat yang sepatutnya.

Pupuk sifat penyayang dan manja

Kucing memang terkenal dengan sifat yang suka bermanja-manja dengan manusia dan tidak dinafikan, sifat manja itu jugalah yang memikat hati tuannya. Sehinggakan ada individu yang membuat perniagaan untuk anda bermain dengan kucing. Percaya atau tidak, bermanja dengan kucing sememangnya mampu membuatkan anda terlupa dengan masalah lain dan ia seakan terapi untuk anda.

Beri anda keceriaan

Kalau anda perasaan, terdapat banyak video kucing di laman Youtube dan sesetengah daripada video tersebut mempunyai sehingga berjuta-juta views. Walhal, kandungan video tersebut hanyalah kucing mengiau semata-mata.

Nampak tak, betapa ramai peminat kucing yang akan terhibur walau hanya menonton video di youtube sahaja.

 

 

 

 

Sumber: LS

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna