Percaya Atau Tak, Reka Bentuk Tingkap Yang Unik Mempengaruhi Aura Sebuah Rumah

Tengok kunci rumah baru, terus tersenyum. Dalam kepala dah mula memikirkan jenis perabot yang nak dimuatkan, pilihan warna yang sesuai menghiasi setiap sudut rumah, fabrik yang digunakan untuk dijadikan langsir, perhiasan dinding yang bergantungan dan banyak lagi!

Tak cukup dengan itu, ada juga yang renovate dan membesarkan lagi tapak rumah untuk mencantikkan demi memenuhi kepuasan diri. Orang kata, alang-alang dah ada rumah sendiri apa salahnya design terus rumah yang diimpikan. Betul tak?

Sumber: unsplash

Sayangnya, tak ramai beri perhatian bahagian tingkap kerana mereka rasakan ia bahagian yang tak penting tapi sebenarnya, reka bentuk tingkap memain peranan yang besar. Cuba bayangkan, pada zaman hampir tahun 2020 ni anda masih menggunakan design tingkap nako, rumah nampak menarik ke kalau dari luar? Mesti biasa-biasa je.

Menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Jadi jika dah mula renovate rumah tu alang-alang design tingkap rumah cantik-cantik secantik pintu gerbang dan pagar. Barulah nampak gah rumah tu!

Tapi, nak buat tingkap yang design macam mana? Jom lihat senarai reka bentuk tingkap yang dicadangkan oleh personaliti TV, Martha Stewart.

Sliding windows

Casement and awning windows

Picture windows

Architectural shapes window

Acrylic block windows 

Bay window

Cantikkan? Ala-ala mat saleh tapi masih boleh masuk dengan budaya orang Malaysia. Silap-silap jiran sebelah tiru design tingkap rumah anda, ihiks! Harap rumah anda secantik rumah agam lepas mengubah suai rumah!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

Jangan Risau Dengan Tarikh Luput, Jika Anda Guna ‘Magic’ Ini ,

Pakaian Kena ‘Up-To-Date’ Walaupun Di Rumah

 

 

 

Sumber: marthastewart

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna