Percaya Atau Tak, Penampilan Beri Kesan Pada Mood Bila Bekerja Dari Rumah

Untuk musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ada yang sudah mula masuk ke pejabat dan ada juga yang masih lagi diarahkan untuk bekerja di rumah lagi.

Mungkin ada sesetengah merasakan sunggul kerana sudah tamat ‘cuti panjang’ dan tiba masa untuk masuk ke pejabat seperti biasa tapi ada juga yang merasakan sedih kerana masih lagi perlu bekerja di rumah. Setiap orang mempunyai perbezaan pendapat.

via GIPHY

Macam mana nak produktif?

Nah! Disebabkan perbezaan pendapat inilah kami ingin bincangkan bagaimana seseorang untuk menaikkan mood bekerja sewaktu berada di rumah walaupun rasa tak produktif. Ya, bukan perkara mudah ye!

Lebih-lebih lagi, kita perlu mengamalkan norma baru. Lagilah perlu biasakan apa yang tak biasa. Jadi, kami telah menemubual beberapa individu yang bekerja di rumah bagaimana mereka selesaikan kerja mereka dengan jayanya walaupun itu bukan cara mereka bekerja.

via GIPHY

Perlu wangi…

Menurut salah seorang pekerja Perhubungan Awam di sebuah syarikat Teknologi, Nurul Alya, dia mengatakan harus bersiap seperti ingin pergi ke tempat kerja.

“Saya perlu mandi awal pagi, berwangi-wangian seperti memakai losyen, sapu serum pada rambut seperti ingin ke pejabat. Tak kira lah ada meeting atau tak. Kalau tak buat macam tu, memang otak rasa lepu dan tak boleh nak berfikir langsung,” jelasnya.

via GIPHY

Perlu bersiap…

Seterusnya kami menemubual seorang Ketua Pentadbir, Noor Azian, dia mengatakan sememangnya banyak kekangan bila bekerja di rumah antaranya gangguan siaran televisyen yang seronok, mencuri waktu bekerja jadi nak fokus untuk melakukan kerja lebih sukar.

“Dari masalah ni, setiap hari saya akan bersiap seperti memakai pakaian seperti ingin ke pejabat. Misalnya menyarungkan baju kemeja dan seluar slack. Memang tak akan sarung baju rumah atau baju tidur dan sekeliling saya perlu juga seperti di dalam pejabat.

Memang tak boleh nak  pakai baju tidur, buat kerja atas katil. Nanti lepas lima minit, terus buat benda lain. Tengok YouTube lah, movie online lah,” terangnya sambil tersenyum nakal.

via GIPHY

Mahu atau tidak, bila ada masalah kita kena cari inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau tak, memang tak jalan kerja sis! Apa pun cara untuk produktif yang kita usahakan dan menjadi, harus dipraktikkan, okay?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Isu Campur Pakaian Suami & Anak Satu Mesin Basuh, PU Azman Tampil Beri Penjelasan

Tahu Tak Nasi & Roti Basi Boleh Buat Baja?

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna