“Peperiksaan Pun Batal, Betul-Betul Mood Perang Ni,”- Tiada UPSR, PT3 Tahun Ini

Kalau dulu tak pernah terbayang langsung peperiksaan besar di negara kita akan dibatalkan. Namun, pandemik COVID telah membuatkan banyak benda terjadi di luar kawalan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pembatalan peperiksaan UPSR dan PT3 bagi tahun 2020.

Keputusan ini diumumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin. Tapi, beliau berkata keputusan pembatalan peperiksaan ini tidak akan menjejaskan tahap penguasaan murid.

Bukan itu sahaja, beliau juga berkata penilaian untuk murid-murid bakal diadakan menggunakan kaedah lain.

Sumber: thesundaily

“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya dalam sidang media.

Pembukaan sekolah pula bergantung kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Macam-macam reaksi yang diberikan netizen di laman netizen bertikutan pembatalan itu. Tentu sahaja adik-adik di sekolah dan cikgu boleh tarik nafas lega tanpa terbeban macam mana nak habiskan silibus peperiksaan.

Di sebalik pembatalan peperiksaan ini, ternanti-nanti juga apa agaknya penilaian baru yang bakal diumumkan kementerian. Sama-sama kita nantikan. Ibu bapa pun masih kena ajar dan pantau pendidikan anak-anak di rumah tau!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna