Penyeri Meja Makan, Idea Ini Dapat Buat Ruang Makan Kelihatan ‘Gorgeous’

Bukan je pakaian nak kena kelihatan gorgeous tapi dekorasi rumah pun kena dua kali cantik barulah bila tetamu yang datang nak menjamu selera pun rasa selesa. Lagipun tempat kita sendiri nak makan, kenalah hias cantik, kemas dan sentiasa bersih supaya bila nak menikmati makanan tu pun rasa tenang dan selesa.

Bayangkan kalau ruang makan pun tak bersih dan tak menarik. Hm, rasanya tikus, lipas dengan semut pun join sekali makan dengan kita. Nak ke?

via GIPHY

Eh, janganlah marah. Sebab Donna nak kongsikan idea dan tip penjagaan meja makan agar sentiasa enak dipandang mata:

Lap meja makan

Peraturan yang pertama sekali, lepas makan lap meja makan. Tak kira sama ada makan berterabur atau tidak. Pastikan lap! Barulah meja sentiasa bersih, tak ada kerak-kerak makanan yang terlekat atau permukaan meja yang melekit-lekit. Kalau boleh khaskan kain yang digunakan untuk lap meja makan.

Bunga

Kalau nak cantik, letakkan jambangan bunga hidup dalam pasu kecil di atas meja makan. Pastikan pemilihan warna bunga sesuai dengan warna dinding dan dapat menyerikan bahagian ruang makan. Barulah cantik. Kalau nak guna selain dari bunga hidup pun boleh. Misalnya, bunga kristal atau bunga tipu. Bila habuk, kena rajin lap la ye, ihiks!

Sumber: pinterest

Naikkan seri lantai

Sumber: pinterest

Cipta ruang lebih menarik

Jika anda sudah berpuas hati bahagian ruang makan anda dan ingin mencipta ruang yang lebih menarik lagi. Letakkan satu rak bertingkat untuk letak makanan ringan. Maknanya satu ruang yang dikhaskan untuk stok makanan ringan seperti biskut, keropok, jeruk atau gula-gula. Barulah nampak ruang makan.

Dinding

Setiap rumah terdapat saiz dan kedudukan ruang makan yang berbeza. Ada-kalanya direka di tepi tingkap, ada-kalanya direka di kelilingi dengan dinding. Bila dikelilingi dengan dinding, apa yang anda perlu buat adalah menghias dinding dengan frame yang mempunyi corak dan warna yang cantik tapi elakkan meletakkan banyak frame. Nanti serabut pula. Biar simple tapi gorgeous!

Warna

Perabot yang berwarna terang seperti merah mampu menarik perhatian pandangan ke meja makan. Cuba main dengan warna. Kalau dah berjaya menarik perhatian mata, maknanya bahagian tu pasti kelihatan cantik.

Tak semestinya menggunakan banyak perhiasan atau sentiasa ada makanan ringan di ruang makan sudah cukup kelihatan cantik dan berseri. Cukup bermain dengan warna dan dekorasi yang ringan. Semoga bermanfaat!

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, kik senarai artikel berikut:

Makanan Yang Selamat Dimakan Walaupun Dah ‘Expired’ ,

5 Idea Warna Cat Ruang Tamu Lebih Hidup Dan Mewah!

 

 

 

 

 

 

Sumber: martha stewart

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna