Penting Untuk Tahu Ini, Sebelum Urut Anak!

Setiap kanak-kanak, tidak kira peringkat umur haruslah diurut sebelum mereka masuk tidur pada setiap malam,” – Tiffany Field, PhD, Instituri Penyelidikan Sentuh (TRI) di Miami.

Sentuhan dapat mewujudkan kasih sayang terutama sekali dalam hubungan kekeluargaan. Menurut kajian sains, sentuhan antara tubuh kita dengan tubuh lain akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh badan. Semakin lama sentuhan dan pergeseran berlaku, semakin seimbanglah cas dalam tubuh manusia.

Malah, urutan badan bukan saja diperlukan dalam kalangan dewasa tetapi, kanak-kanak juga memerlukannya. Lebih-lebih lagi dalam kalangan kanak-kanak berusia 4 – 12 tahun kerana pada peringkat usia ini, perasaan ingin tahu mereka menjadi tinggi sehingga menyebabkan seluruh tubuh badan mereka sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Mungkin ada sebahagian daripada anda mungkin mengatakan “anak-anak saya tak duduk diam, macam mana nak urut?”. Jangan risau, anda boleh mengurut badan mereka pada bila-bila masa saja. Memandangkan anak anda seorang yang aktif, ketika mereka sedang tidur pun boleh mengurut badan mereka.

Kepada ibu bapa yang tidak tahu cara mengurut badan anak anda, artikel kali ini akan menerangkan kepada anda cara mudah untuk mengurut badan mereka. Mari pelajari langkah urutan di bawah.

Bersedia untuk mengurut

Sebelum memulakan urutan, anda perlulah :

Sumber: mariomizzi

  1. Membuat regangan supaya ketika mengurut badan anda dalam keadaan rileks dan fleksibel. Ini kerana, untuk mengelakkan badan anda terkehel atau tersalah urat ketika mengurut.
  2. Biarkan si manja memilih posisi badan yang selesa. Jangan risau, anda boleh mulakan mana-mana bahagian badan yang mudah untuk anda memulakan urutan.
  3. Sediakan minyak urut yang berbau wangi untuk memberi si manja selesa ketika diurut.

Nota;

  1. Berikan senyuman kepada si manja untuk mereka lebih selesa dan badan mereka dalam keadaan tenang.
  2. Sentiasa meminta izin untuk mengurut bahagian badan mereka. Contohnya, “lepas ni mak urut dekat kaki pula ye?”
  3. Jika mereka mengatakan tidak mahu untuk di urut di bahagian tertentu, anda haruslah menuruti. Mungkin mereka tidak suka atau geli..

Sentuhan pada kaki

Sumber: be green records

  1. Letakkan pemanas atau bantal di bahagian bawah tapak kaki si manja untuk pengaliran darah yang bagus.
  2. Pastikan tiada sebarang tekanan di bahagian lutut atau buku lali si manja.
  3. Urut dengan lembut di bahagian betis dan turun sehingga ke jari kaki.
  4. Buat regangan pada kaki dengan melipat kaki beberapa kali. Elakkan dari menekan dengan kuat.
  5. Genggam setiap jari kaki dengan membuat pusingan pada setiap jari.
  6. Ketepikan pemanas pada kaki dan tumbuk-tumbuk sedikit pada tapak kaki si manja.
  7. Ulang urutan pada kaki sebelah pula.

Sentuhan pada tangan

Sumber: oregonlive

  1. Buat regangan pada tangan dengan melipat tangan beberapa kali. Elakkan dari menekan tangan dengan kuat.
  2. Ikuti langkah seperti bahagian kaki.
  3. Sambil mengurut badan anak anda, pastikan anda memandang mata mereka atau berkomunikasi dengan mereka agar mereka lebih selesa.

Sentuhan pada badan belakang

Sumber: lumina massage

  1. Mulakan pada bahagian bahu dengan mengenggam bahu anak anda beberapa kali.
  2. Tekan bahagian belikat sehingga ke pinggang atau anda boleh menekan-nekan badan anak anda dari atas ke bawah. Ikut keselesaan.
  3. Ulang 10 kali supaya badan anak anda terasa ringan dan peredaran darah mengalir dengan bagus.

Nota;

  1. Elakkan mengurut di bahagian perut. Terutamanya jika si manja baru saja selepas makan.
  2. Elakkan menekan bahagian belakang dengan kuat.

Kasih dan sayang!

Pada peringkat terakhir sekali, tamatkan sesi urut dengan ciuman dan pelukan kasih sayang kepada si manja. Jika anda tiada masa untuk mengurut badan si manja, mungkin anda boleh membawa mereka ke tempat mengurut di sini —> The Rub Bar

Sumber: liddle kidzmassage therapy

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna