Penting Sangat Ke Perbezaan Umur Dalam Perkahwinan?

Eh dia tu kahwin dengan laki muda, patutlah aku tengok asyik gaduh je sebab tak matang agaknya!”

Zaman sekarang ni kahwin dengan lelaki muda salah tapi bila pilih lelaki tua cakap cinta hanya kerana harta pula. Haa, dah tak pasal-pasal kena tuduh macam tu je. Donna faham, konsep untuk mengahwini seseorang yang lebih tua atau muda selalu menjadi isu sensitif untuk dibincangkan dalam kalangan kita.

Perkara ini penting untuk diketengahkan sebelum anda membuat keputusan untuk mengahwini dengan pasangan kerana pada zaman middle aged terdapat pelbagai kes di mana lelaki berusia memilih untuk berkahwin dengan dengan wanita yang masih muda sehingga ada yang terlalu muda sehingga ia dianggap sebagai kanak-kanak. Tapi normal ke jika lelaki memilih wanita yang lebih tua daripada umurnya?

Related image

Sumber: bulan

Jarak Usia 25 Tahun

Sebagai contoh seperti Presiden Perancis Emmanuel Macron yang berusia 39 tahun berkahwin dengan isterinya 64 tahun menjadi perhatian ramai dan ada juga mempertikaikan tentang jarak umur mereka. Haa, ini baru lah dikatakan cinta tak mengenal usia gitu! Pelbagai spekulasi dan tanggapan tentang mereka yang mengatakan Macron memilih isterinya disebabkan dia seorang wanita matang namun ada juga yang mengatakan hubungan mereka tidak akan kekal lama.

Related image

Sumber: weheart

Jarak Umur Pasangan Paling Ideal

Memang betul setiap jodoh dan pertemuan di tangan tuhan, tetapi terdapat satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Emory menunjukkan kaitan antara jarak suami isteri  lebih besar akan membawa kepada risiko penceraian risiko penceraian yang lebih tinggi. Seramai 3000 pasangan telah diuji, 18 peratus daripada cenderung untuk bercerai kerana memilih pasangan jarak umur 5 tahun ke atas.

Bagi pasangan yang berbeza setahun pula ia boleh dikatakan paling selamat dan ideal kerana berdasarkan kajian hanya 3 peratus sahaja memiliki kencenderungan untuk bercerai. Tapi anda perlu tahu setiap generasi dilahirkan mengikut cara yang berbeza, jadi kehidupan dan hubungan perkahwinan mungkin juga berbeza antara satu sama lain.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik di sini :

Jom Kenali Perangai Sebenar Si Dia Dengan Cara Mereka Makan

 

 

 

 

 

Sumber: theasianparent

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna