Penting Ni Kalau Tak Nak Anak Meragam, Nak Beraya Pun Senang!

Bila mak-mak nak bersembang anak pulak menangis, aduh kacaunya!Biasalah, bila tiba sahaja musim perayaan anda akan berkunjung rumah saudara mara untuk menghidupkan lagi suasana raya. Donna faham, bukan senang bila bawa si kecil beraya pasti banyak ragamnya. Walaupun anda tengah seronok beraya, tapi jangan sampai lupa keselesaan anak-anak.

Sifat si kecil memang mahukan perhatian, jadi kalau tak nak anak meragam anda perlu lakukan ini. Pertama sekali sebelum beraya di rumah orang, pastikan anak anda sudah makan secukupnya. Walaupun pelbagai juadah yang disediakan tetapi anda perlu ingat, tak semua jenis makanan sesuai untuk si kecil. Kesian anak anda terpaksa makan ketupat dan lemang seharian! Jika si kecil anda masih berumur 6 bulan ke bawah, pastikan mereka dapat menyusu secukupnya mengikut masa yang sesuai.

Image result for baby eating

Sumber: verywell

Walaupun anak anda kelihatan comel berbaju melayu atau kurung, pastikan material yang digunakan tidak tebal. Bila pergi beraya mesti sampai tengahari, jadi jangan sampai si kecil anda memakai baju berlapis-lapis mesti tak selesa dan panas. Bila tak selesa mulalah meragam, kan dah potong stim anda nak beraya!

Image result for baby watching

Sumber: thebump 

Memang dah jadi trend beri gadget untuk si kecil bagi menarik perhatian mereka. Tetapi sebagai ibu bapa anda harus kurangkan dan bawa mainan yang sepatutnya. Jangan angkut satu bakul mainan pula! Bukan itu sahaja, paling penting bawa minyak angin untuk mengelakkan anak anda kembung perut anda pun boleh gunakan kalau sakit perut. Mudah kan?

Sumber : GayaHidup

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna