Penting! Koronavirus Boleh Lekat Pada Baju, Ini Cara Nak Cuci

Jika anda sudah melakukan langah pencegahan untuk duduk di dalam rumah, Tahniah kami ucapkan! Tapi jika ahli keluarga anda ada yang keluar untuk beli barang, langkah pencegahan 2.0 juga perlu diambil. Siapa tahu, dia mungkin terdedah dengan virus tersebut semasa keluar rumah tadi.

Jika sebelum ini media sosial dipenuhi dengan cara membasuh tangan. Kali ini kita akan membincangkan tentang bagaimana pula nak cuci pakaian. Ini kerana virus boleh bertahan selama beberapa jam di permukaan benda termasuklah pakaian.

BACA:Bertenang Netizen! Ini Bukan Lockdown Tapi Perintah Kawalan Pergerakan

Menurut pakar kesihatan Carol Winner, panas dan kelembapan dapat mempengaruhi kelangsungan virus ini hidup di atas permukaan pakaian.

Ada ke jenis kain tertentu yang kalis virus?

Menurut Robert Amler, Dekan Fakulti Ilmu dan Kesihatan di New York Medical College mengatakan tempoh virus ini hidup bergantung kepada jenis kain. Beberapa pengkaji percaya serat dalam bahan berpori menangkap partikel virus, mengeringkan dan memecahkannya. Permukaan yang halus seperti pakaian kulit dan material vinil lebih mudah dibersihkan.

Bahan polyester seperti spandex dapat menahan kuman lebih lama berbanding kain jenis cotton. Namun, virus ini akan tetap aktif setelah 2-3 hari di permukaan plastik dan stainless steel. Manakala empat jam di atas tembaga.

BACA: Selain Karaoke, Ini 9 Cadangan Aktiviti Indoor; Sepanjang Musim COVID-19

Cuci baju guna mesin basuh efektif ke tidak?

Menurut Dr Georgine, seorang pakar kesihatan mencadangkan agar mencuci dengan tangan di rumah dengan suhu air 26 darjah celcius adalah lebih baik. Tapi, tak ada masalah untuk cuci kain dengan mesin basuh. Cara ini lebih cepat dan efektif membunuh virus walaupun kita mencuci pakaian dari orang yang terkena COVID-19.

Profesor Program Ilmu Laboratorium Klinik di Texas State University, Rodney E. Rohde mencadangkan orang ramai agar menggunakan sabun pencuci jenis whitening detergent compound kerana virus tak bekerja dengan baik dengan bahan seperti itu.

Berapa kerap nak basuh baju

Kalau sebeum ini anda hanya akan basuh bila kalau dah menimbun dalam bakul dobi, Winner mencadangkan agar anda mencuci baju secara teratur. Terutama jika anda pergi ke tempat lain atau ke kawasan yang ramai orang.

“Kalau anda baru keluar ke tempat awam, sila tanggalkan baju segera selain membersihkan tombol pintu, butang lif, atau tangga,” katanya.

Jadi lepas ini, cepat-cepat cuci baju keluarga anda tak perlu tunggu hujung minggu lagi. Langkah pencegahan masih perlu dilakukan walaupun anda sudah berada di dalam rumah. Mencegah lebih baik dari mengubati.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna