Penting! Benarkah Hubungan Seks Boleh Sebarkan COVID-19?

Gelombang kedua COVID-19 ternyata semakin membimbangkan. Wabak ini telah mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua. Jika dibiarkan melarat, semakin banyak negara terjejas dan peningkatan angka kematian bakal dicatatkan.

Jika kita melihat kes penularan COVID-19 di Malaysia, kebanyakannya terjadi daripada kes kontak rapat. Maksudnya seseorang itu pernah berhubungan dengan jarak dekat kira-kira 1.8 meter dengan pesakit.

Koronavirus tersebar dengan mudah melalui cecair dari mulut termasuklah bersin dan batuk. Sebelum ini Perancis melarang agar orang ramai daripada berpelukan dan mencium pipi di kiri dan kanan sebagai langkah mengelakkan penyebaran COVID-19.

Namun, ramai juga yang tertanya-tanya adakah virus ini boleh tersebar dalam cecair lain di tubuh selain pernafasan? Bagaimana pula kalau seseorang itu melakukan hubungan seks?

“COVID-19 tersebar kerana cecair daripada rongga pernafasan. Tapi belum pasti adakah cecair vagina atau air mani boleh menyebabkan penukaran virus, kata Kristin Englund dari Jabatan Penyakit Berjangkit Celeveland.

Englund juga mengatakan pihak mediknya masih belum mempunyai data yang cukup untuk memastikan perkara itu. Namun, untuk langkah berjaga-jaga, dia menasihatkan orang ramai agar tidak berada terlalu dekat dengan pesakit Koronavirus.

Jika pasangan anda mempunyai tanda-tanda seperti batuk, bersin atau demam. Anda disarankan untuk menunda sesi bercinta anda sehingga keadaan benar-benar stabil. Ini juga pasti memastikan kesihatan keluarga anda terjamin.

Baca juga:

COVID-19: Ini Panduan Nak Hadiri Kenduri Kahwin Anda Wajib Tahu

Betul Ke Cuaca Panas Kurangkan COVID-19, Netizen Keliru Nak Percaya Dr ke Prof ni?

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna