Penjaga Kubur Bongkar Cerita Kisah Malam Selepas Abam Dikebumikan

Berita mengejut kematian allahyarham Syed Umar Mokhtar atau lebih mesra dikenali Abam Bocey dalam dunia industri telah memberi kesan pada ramai pihak terutama dua orang rakan baiknya, Achey dan Fad.

Lebih-lebih lagi pemergian arwah tidak meninggalkan apa-apa tanda pelik atau disahkan sakit kronik melainkan mengadu demam dan sakit kepala 2 hari sebelum arawah pergi buat selamanya.

Sumber: buzz

Pemergiannya juga membuatkan ramai orang berkongsi kebaikan yang telah dilakukan oleh Abam. Antaranya sentiasa menjaga kebajikan ibunya dan menolong adik-beradik yang lain jika mereka dalam kesusahan.

Ada juga perkongsian dari ibunya sendiri yang Abam suka bersedekah pada anak yatim dan pendakwah bebas turut mengatakan abam sering kelihatan menghadiri majlis-majlis agama walaupun sibuk dengan kerja hiburan.

Baru-baru ini tular sebuah video yang membongkarkan kisah malam selepas abam selamat dikebumikan. Kira-kira 10.30 malam sewaktu pagar kawasan kubur ditutup. Kisah ini diceritakan oleh pejaga kubur kawasan tersebut.

Ringkasan dari perkongsian penjaga tersebut apabila dia didatangi dua beranak yang dikatakan menaiki motorsikal merayu-rayu untuk menziarah kubur arwah.

Bila diminta untuk ziarah keesokkan hari, mereka enggan kerana mereka datang daripada jauh sampai tak sempat untuk menghadirkan diri pada sebelah siang.

“Kata perempuan tu, bukan apa pakcik abam biaya segala perbelanjaan sekolah anak-anak saya,” ceritanya.

Begitulah hebatnya kebaikan bersedekah. Selama ini sikit pun kita tak tahu amal kebaikannya kerana dia tidak mengembar-gemburkan tapi lihatlah bila arwah pergi, allahyarham berish dari cerita buruk.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ini Sebab Ramai Yang Hadir Solat Jenazah Abam Bocey

“Guys! Abam Dah Tak Ada” – Achey & Fad Tangisi Pemergian Sahabat Baik Mereka

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna