Peninglah! Dah Tua-Tua Pun Kelemumur Muncul Lagi

Penjagaan rambut tidak sukar mana namun tidak juga mudah untuk dijaga. Tidak kena gaya ia mudah rosak sebelum tiba masanya.

“Selama saya hidup hampir dekat 40 tahun tidak pernah langsung rambut berkelemumur. Tiba-tiba sahaja kepala dipenuhi kelemumur. Setiap kali saya menggaru kulit kepala, saya mendapati ada banyak kepingan kelemumur terlekat di bawah kuku saya.”

Itu luahan biasa yang sering didengari oleh wanita yang memiliki rambut sihat sebelum ini dan kemudiannya bermasalah selepas berumur. Biar pun bertudung, penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi ia memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak berhijab. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Sumber Foto: pexels.com

Kelemumur atau nama saintifik pityriasis capitis merupakan satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus manusia di seluruh dunia. Keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa di permukaan kulit kepala yang memakan sebum kulit dan kemudiannya mengeluarkan sejenis molekul. Molekul yang dirembes ini punca kulit kepala menjadi berkuping dan terjadinya kelemumur.

Sumber Foto: pexels.com

Ini merupakan antara masalah rambut utama yang sering melanda kebanyakan individu tidak kira lelaki dan wanita. Masalah rambut berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya peningkatan usia adalah perkara biasa disebabkan pengurangan hormon tertentu. Stres, kurang tidur, pengambilan makanan yang tidak betul, kurang nutrisi, penggunaan produk rambut berlebihan, pengering rambut dan juga genetik penyumbang kepada masalah ini.

Namun biasanya masalah kelumur disebabkan beberapa faktor berikut:

Sumber Foto: pexels.com

  • Seborrheic Dermatitis – Masalah kulit dan punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan kemerahan, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.
  • Cuaca Panas – Apabila terdedah denga cuaca yang agak panas, kulit kepala secara automatik akan kering, gatal dan berkeruping.
  • Kurang & Kerap mencuci rambut – Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur. Namun, terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.
  • Penghidap Ekzema – Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa. Kelemumur akan hadir dan hilang sesuka hati jika tidak ada penjagaan khusus yang sesuai.
  • Produk Rambut Tidak Serasi – Kelemumur boleh terjadi disebabkan sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal.

 

Masalah kelemumur yang serius boleh diatasi dengan pengambilan syampu anti-fungus. Walaupun terdapat banyak syampu anti kelemumur di pasaran, ramai merungut kelemumur tidak hilang atau kembali muncul. Ini kerana kebanyakan syampu hanya merawat simptom tetapi tidak mampu mengenalpasti punca sebenar iaitu kulit kepala yang tidak sihat atau kurang nutrien. Jika masalah kelemumur masih tidak terkawal elok berjumpa dengan pakar dermatologi bagi mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah yang dialami.

 

 

 

 

Sumber: myhealth shampoomalaysia

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna