Pening Anak Asyik Bergaduh Sesama Sendiri? Ini Cara Nak ‘Handle’

“Aduh, budak-budak ini sikit-sikt nak gaduh. Lepas tu nangis. Tak boleh nak rehat langsung”

Mungkin inilah senario yang selalu anda alami apabila anak-anak anda asyik bergaduh sesama sendiri. Tak kisahlah nak rebut mainan ke, tumpahkan air ke, pukul adik ke, ataupun gaduh sebab nak tengok rancangan kartun kesukaan masing-masing. Sebagai ibu, kita pun tak tenteram bila anak-anak asyik nangis. Nak rehat pun terbatas.

Sebagai manusia, sangat mustahil untuk kita monitor pergerakan anak-anak 24 jam. Ewah-ewah, kita bukan kamera litar tertutup ya! Kalau anak bergaduh, kita memang kena masuk campur. Ini  kerana menurut pakar, jika hubungan adik-beradik tak baik sejak kecil, maka ia akan memberi kesan buruk untuk hubungan mereka jangka panjang.

Kajian mengatakan, apabila ibu dan ayah menerapkan sifat berkongsi, membantu dan menyenangkan hati orang lain. Ia adalah langkah paling terbaik untuk menghentikan pergaduhan.

Umur 2-6 tahun

Menurut Laurie Kramer, Ph.D, University of Illinois mengatakan ketika anak anda dalam lingkungan umur begini, ajarkan mereka untuk berkongsi. Dalam umur ini mereka akan banyak bergaduh dan berebut sesuatu. Jadi, terapkan nilai-nilai keharmonian dalam diri mereka.  Ibu bapa disaran agar tidak memilih mana-mana pihak sebaliknya menghargai anak anda sama rasa.

Umur 7-12 tahun

Inilah tempoh di mana anak anda akan mengalami perkembangan fizikal, mentak dan perangai. Maksudnya, mereka juga akan terdedah dengan pergaduhan berbentuk fizikal walaupun sesama adik-beradik. Jadi, peranan anda sangat penting untuk memastikan kekasaran anak anda ada batas dan hadnya. Waktu ini juga penting untuk anda ajarkan tentang keselamatan diri dan keluarga.

Umur 13-18 tahun

Bila anak-anak dah masuk dalam umur lingkungan ini. Inia dalah fasa yang paling mencabar kerana anak-anak akan meminta ruang mereka sendiri.Waktu inilah akan berlaku banyak perbezaan pendapat. Jadi, berbincangah dengan anak anda kerana mereka sudah boleh berfikir dan menimbang baik buruk dengan matang.

Setiap ahli dalam keluaga memainkan peranan penting untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Kadangkala kita sudah ajar anak kita tentang ‘adil’ atau ‘mengalah dengan adik’. Sedangkan perbuatan itu snediri tak adil dan boleh menyebabkan anak kita berdendam di kemudian hari.

Asas kepada keluarga bahagia ialah cinta dan kasih sayang. Jadi, sebarkanlah kegembiraan kepada anak kita sejak kecil ya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Parentmap

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna