Penggunaan Getah Rambut Yang Salah Boleh Merosakkan Makhota Wanita

Tak nak ikat rambut, nanti rambut rosak..”

Pernah tak bila kita ikat rambut, rambut akan tergumpal kusut atau tercabut helain rambut sebab melekat dekat urat getah? Lepas tu bila sikat mulalah kusut dan semakin sikit sebab rambut selalu tercabut alahai! Nak kata salah pakai syampu untuk kuatkan akar rambut, rasanya dah 10 jenama syampu tukar.

Kalau nak tahu puncanya disebabkan penggunaan getah rambut yang salah. Bukan disebabkan syampu rambut atau rambut tak sihat. Jangan salah faham, getah rambut juga main peranan dalam penjagaan rambut. Tak kiralah rambut jenis kerinting, lurus atau ikal mayang, kalau salah penggunaan getah rambut, confirm rambut rosak.

Untuk pemilihan getah rambut yang betul, anda boleh lihat senarai jenis getah di bawah…

Kitsch

Gulungan bulat bukan disebabkan coraknya saja tapi untuk mengurangkan sakit kepala ketika rambut diikat dan ikatan tidak terlalu ketat sehingga boleh meninggalkan bentuk ikatan pada rambut.

Sumber: slashedbeauty

Slip

Kain licin yang membaluti getah rambut membuatkan rambut tidak terlekat pada kawasan getah. Malah, corak dan warna yang ada pada kain membuatkan rambut anda kelihatan cantik diikat.

Getah crochet

Tekstur getah kain ini memudahkan pemakai untuk menjaga rambut. Rambut tak akan melekat pada gegulung getah kerana getah sudah dibaluti dengan benang crochet.

Sumber: reenacraft

Ada getah rambut lain lagi tapi cuba elakkan mengikat rambut yang gulungan getahnya tidak dibaluti dengan mana-mana material kain atau benang. Contohnya getah nasi lemak, getah jenis tu memang sakit bila nak tanggalkan. Mahu berai biji mata sebab pedih.

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bosan Dengan Gaya Ikatan Rambut Sama? Ini ‘Trick’ Rambut Kelihatan Berbeza

Selain Minyak Zaitun, Cara Ini Dapat Melebatkan Rambut

 

 

 

 

 

Sumber: marthastewart

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna