Pengecas Telefon Bimbit Penyebab Renjatan Yang Membawa Maut!

Kalau kerap memegang telefon bimbit atau komputer riba, jauhkan seketika gajet terbabit buat seketika untuk beberapa minit untuk mengelakkan anda sering terkena renjatan kecil.”

Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh atau terdedah kepada punca elektrik. Badan manusia adalah pengalir elektrik.  Arus elektrik yang melalui tubuh badan berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh. Arus elektrik menganggu fungsi saraf terutamanya pada otak, jantung dan paru-paru. Pendedahan kepada arus elektrik pada saraf berpotensi menyebabkan kerosakan saraf dan arus elektrik yang melalui otak pula boleh menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga membawa maut. Renjatan elektrik bervoltan rendah dan sekelip mata sahaja biasanya tidak menyebabkan sebarang kemudaratan atau hanya luka sedikit antaranya seperti renjatan ketika memegang troli pasaraya atau ketika membuka pintu kereta. Nampak seperti biasa, tetapi hati-hati dengan beberapa perkara ini untuk mengelak anda terkena renjatan elektrik.

Sumber Foto: Google Image

  • Jangan benarkan kanak-kanak bermain dengan kabel dan soket elektrik. Pastikan kabel pengecas telefon bimbit sentiasa disimpan selepas digunakan. Jika rosak, gantikan sahaja dengan baru. Jangan buat sambungan sebarangan. Wayar-wayar yang berserabut memang menarik perhatian kanak-kanak untuk mendekati lebih-lebih lagi kepada bayi yang baru pandai merangkak atau berjalan. Mereka selalunya gemar memasukkan wayar terbabit ke dalam mulut. Tolong pantau ya!
  • Kebanyakan renjatan berlaku kerana kerosakan pada alat atau kabel elektirk. Pastikan alat-alat elektrik dan kabel elektrik dipantau untuk sebarang kerosakan dan jika perlu dibaiki atau digantikan. Jangan abaikan jika kulit kabel wayar anda terkupas. Segera balut dengan pita loy agar tiasa siapa yang terkena renjatan elektrik apabila memijaknya. Pastikan juga lilitan kemas agar tiada cecair yang menembusi dan berlakunya kejutan elektrik.
  • Jika anda individu yang kerap memegang telefon bimbit atau komputer riba, jauhkan seketika gajet terbabit buat seketika untuk beberapa minit untuk mengelakkan anda sering terkena renjatan kecil.
  • Hadkan penggunaan soket tambahan mengikut sukatan yang disyorkan oleh peralatan elektrik tersebut.  Perbaharui kabel lama atau soket yang tiada pembumian kepada sistem terkini.
  • Elak menceroboh masuk sistem janakuasa bervoltan tinggi TNB atau di landasan keretapi elektrik berkuasa tinggi. Jangan kerana ingin cepat dan menggunakan jalan pintas, anda dengan beraninya melintas atau menggunakan laluan tikus berhampiran landasan elektirk.
  • Elakkan penggunaan peralatan elektrik berhampiran kawasan basah dan jangan berdiri di kawasan berair semasa mengendalikan peralatan elektrik. Ketika musim hujan atau banjir pastikan anda jauhi lokasi yang ada mengalirkan arus elektirk. Biar cuaca kembali cerah atau barang-barang elektirik kering sepenuhnya sebelum menggunakannnya.
  • Hentikan sebarang aktiviti luar rumah ketika ribut petir. Cari perlindungan di dalam bangunan atau jika terpaksa berlindung di luar, elakkan berada di bawah pokok atau berhampiran objek besi. Besi itu sendiri bukan satu tarikan kepada petir, tetapi ia berupaya mengalirkan arus elektrik kepada mangsa yang bersentuh dengannya.

via GIPHY

Untuk panduan ramai, jika berada pada situasi ada individu terkena renjatan, jangan menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah suis dimatikan sepenuhnya. Kemungkinan besar ada risiko letupan berlaku. Jangan sesekali sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik. Jika ingin alihkan mangsa, cari bahan penebat lain seperti kayu atau bahan daripada getah. Elakkan menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar individu yang sedang melecur akibat renjatan. Tunggu sehingga pembantu kecemasan datang untuk memberikan bantuan.

 

 

Sumber: myhealth.gov.my

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna