Pengantin Tenggelam Bila Pak Azad & Eira Syazira Buka Langkah Menari Bollywood

Menepung tawar, paluan kompang, bersanding atau makan beradab masih lagi dikekalkan dalam tradisi adat Melayu apabila mengadakan majlis perkahwinan. Kini, ada sesetengah pasangan menambah lagi seri majlis dengan aktiviti tari-menari selepas bersanding.

Cukup meriah jika aktiviti ini dilakukan di dalam sebuah majlis perkahwinan lebih-lebih lagi lagu yang dimainkan adalah lagu Bollywood. Lihat sajalah video yang dimuat naik oleh pelawak dan pelakon terkenal Azad Jasmin menerusi laman Instagram miliknya.

Lihat tarian mereka dalam video ini…

Bukan main rancak lagi tarian Azad atau lebih dikenali dengan nama Pak Azad bersama isterinya, Eira Syazira di majlis resepsi salah seorang sahabatnya. Wah! Tak sangka selain daripada berlakon, penyanyi dan pengacara, pasangan ini juga mempunyai bakat dalam tarian Bollywood!

Seperti biasa, netizen memenuhi komen pada ruangan posting tersebut dengan mengatakan tumpuan mereka jatuh pada Pak Azad dan Eira saja kerana lengokkan tubuh ketika pasangan ini melakukan tarian Bollywood sangat bertenaga sehingga habis tenggelam pengantin.

Fokus aku dekat Pak Azad dengan Eira je!

Tenggelam pengantin!

Nampak meriah!

 Semoga kemesraan mereka berdua kekal sampai bila-bila.

 

Keyword Donna giveaway : DonnaXavengers

 

 

 

Sumber: instagram azadsyazirarose

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna