Pengacara Dedah Perkara Sebenar Tentang Isu Sugu Pavithra Minta RM10,000

“Saya tidak pernah memaksa dia untuk menerima tugas ini”

Merupakan kata-kata penjelasan yang muncul daripada seorang pengacara yang bernama Anim Ezati. Beliau yang menjadi tular dan dikecam oleh netizen kini tampil memberikan penjelasan akan luahannya akan berkaitan dengan permintaan bayaran RM10,000 daripada YouTuber terkenal bernama Sugu Pavithra.

Sugu Pavithra dijemput untuk menyertai sebuah program televisyen yang berdurasikan selama satu jam. Dalam pada itu, Sugu Pavithra dan juga pasangannya memberitahu bahawa sebolehnya tidak mahu terlibat langsung akan mana-mana program masakan dalam televisyen.

Justeru itu, Anim Ezati memuat naik luahannya itu dalam akaun media sosialnya akan perkara tersebut dan dikatakan hanya mahu berkongsikan luahan kepada followers milik akaun media sosialnya sahaja.

“Saya buat status di Instagram berkenaan dengan itu. Yang mendatangkan kemarahan orang ramai apabila nama Youtuber itu disebut dan saya minta maaf pasal itu”

Menurut sumber, pengacara itu sudah pun menghubungi Sugu Pavithra dan memaklumkan permohonan maaf berhubung dengan isu salah faham itu.

Menurut Anim, Sugu Pavithra juga meminta maaf akan kenyataan paksaan yang dikeluarkan olehnya dan menyatakan akan membetulkan semula dakwaan itu. Pengacara itu turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah memaksa Sugu Pavithra tentang penglibatannya dalam program itu.

Tambahan pula, beliau juga turut menyatakan bahawa YouTuber terkenal itu hanya dihubungi sebanyak dua kali itu pun kerana berada di luar dan tiada paksaan yang dilakukan ketika dihubungi buat kali kedua juga.

Isu ini hanyalah berpunca daripada kekeliruan dan salah faham akan maksud kenyataan masing-masing. Oleh sebab itu, penjelasan harus dibuat untuk menjernihkan keadaan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna