Penawar Koronavirus (COVID-19) Berjaya Ditemui?

“Jumlah kes jangkitan baharu semakin turun secara perlahan-lahan,” – Penasihat Perubatan Kerajaan China, Zhong Nanshan.

Perkara itu didedahkan oleh Nanshan sendiri tetapi, wabak koronavirsus akan dijangka mencapai kemuncak pada pertengahan atau akhir Februari ini dan diramal berakhir pada April.

“Keyakinan ini juga susulan perkembangan terbaru COVID-19 yang menunjukkan aliran penurunan di beberapa tempat di China melibatkan wilayah Guangdong dan Zhengjiang,” jelasnya lagi kepada Reuters.

Sumber: reuters

Kemajuan teknologi mempercepatkan proses vaksin?

Menurut ahli virologi Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit, walaupun penghasilan vaksin yang selamat digunakan manusia biasanya mengambil masa bertahun, namun beliau percaya kali ini, proses itu boleh dipercepatkan lagi.

Turut membantu dalam mempercepatkan proses ini iailah inisiatif dari saintis China yang pantas mengesan jujukan genom virus itu dan berkongsi dapatan mereka dengan masyarakat dunia pada 10 Januari lalu.

“Kemajuan teknologi membolehkan pihak kami menghasilkan vaksin cubaan (candidate vaccine) dalam masa beberapa minggu sahaja, berbanding kaedah tradisional yang mengambil masa bertahun.

Sumber: ismaweb

Walaupun vaksin cubaan dapat dihasilkan dalam beberapa minggu sahaja, proses penilaian untuk keselamatan penggunaannya ke atas manusia tetap akan dititik berat dan ini yang membuatkan mengambil masa yang lama kerana perlu melalui ujian haiwan sebelum ujian klinikal yang membabitkan manusia.

Jangkaan siap dalam masa 6 bulan?

Pakar imunologi Datuk Dr Musa Nordin turut mengulas, walaupun terdapat keperluan mendesak untuk menghasilkan vaksin Covid-19 dengan segera, harus diingat penghasilan vaksin merupakan proses yang membabitkan kos dan risiko tinggi.

“Kalaulah saya diminta teka secara optimis, jangkaan saya dalam enam bulan,”

Sumber: cariangoogle

Nama rasmi bagi koronavirus

Dalam pada masa yang sama, satu laporan telah dikeluarkan dimana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),  hari ini memberi nama rasmi baharu coronavirus yang kali pertama dikenal pasti di China pada 31 Disember lalu.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, nama yang dipilih ialah COVID-19 sebagai singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit.

Katanya, nama itu dipilih bagi mengelak rujukan terhadap satu lokasi geografi tertentu, spesies haiwan atau sekumpulan orang, selaras cadangan antarabangsa untuk penamaan untuk mengelakkan stigmatisasi.

Sumber: abcnews

Apa pun, sementara menunggu proses vaksin covid-19 berjaya disiapkan, pastikan memakai topeng muka tidak kira anda mengalami batuk dan selsema mahupun tidak.

Ini adalah salah satu inisiatif yang terbukti berkesan untuk mengawal penyebaran wabak selain daripada kerap membasuh tangan dan mengelakkan kontak rapat dengan pesakit.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tak Jadi Rogol Sebab Koronavirus!

Kanak-Kanak Warga China Di Langkawi Pulih Dari Koronavirus

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: abcnews, harianmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna