“Penat Macam Mana Pun, Adakan Juga Masa Untuk Keluarga” – Raf Yaakob

Masa itu emas, kita kena sentiasa mencari dan kejar kerana harganya tak ternilai. Seminit pun kalau disia-siakan dengan perkara tak sepatutnya, maka rugilah seseorang itu kerana masa tak dapat diputarkan kembali walau guna apa cara sekalipun. Kecuali hadirnya peluang tapi itu lah, ramai yang tak pandai nak hargai masa dan peluang.

Perkara ini sering terjadi dalam hubungan dan mulalah timbul masalah kurang perhatian, perasaan sayang mula pudar, masalah komunikasi dan banyak lagi masalah yang berpunca daripada hal yang remeh. Ini kerana masing-masing  tak ada usaha nak mencari masa walaupun seminit dua walau dalam kesibukkan melakukan rutin harian.

Sumber: unsplash

“Dapat jumpa sekejap pun jadilah…”

Begitulah yang dikongsikan oleh pelakon Raf Yaakob tentang kehidupanya semakin sibuk dalam mencari rezeki untuk keluarga. Coretan luahan isi hatinya ditulis menerusi posting di akaun Instagram miliknya.

Tulisnya, walaupun masa sangat terhad dia dan isterinya, Mawar Rashid  dia tetap mencari masa untuk meluangkan masa bersama walaupun sekejap. Misalnya, dia akan ulang-alik ke lokasi pengambaran tempat Mawar berlakon  dan untuk berjumpa dengan buah hati. Ada kalanya juga dia ulang-alik semata untuk tengok anak pula.

“Itulah rutin saya sejak sibuk ni, sentiasa mencari masa untuk untuk keluarga tak kira apa pun. Sampai rasa dapat jumpa sekejap pun jadilah. Saya harap suami di luar sana dapat buat perkara yang sama. Penat macam mana pun tetap bagi perhatian dan beri kasih sayang. Bukan apa, kita ni role model keluarga. Kena tunjuk yang contoh baik,”

View this post on Instagram

Malam semalam sebelum Raf ada game bola di Shah Alam, sempat visit Mawar skejap kat set shooting dia di Sungai Buloh. Habis bola, pergi balik kat set and teman Mawar sampai dia habis shooting 3am. Macam tu la Raf since last week. Sejak Mawar da start berlakon balik ni, our time together very limited. Hari2 Raf akan ulang alik…kejap2 pergi tengok Mawar, kejap2 balik tengok anak2, kejap2 settle kerja lain and meeting sana sini. Well that’s me. I’ll always make time for my family no matter what. Dapat jumpa skejap2 pun jadi lah. • Harap papa2 daddy2 di luar sana pun sama. Dalam kita berusaha kuat untuk mencari rejeki halal untuk keluarga kita, always make time to our family too. Penat macam mana pun, always give attention to our wife and kids. Ingat, kita adalah role model dalam keluarga kita. Apa2 yang kita buat, anak2 kita juga akan ikut. I am NOT a perfect husband or perfect father. But I always try to be the best husband I can for @mawarashid and the best father I can to all my Radens @radenrayyanraf @raysaachanelaraf @radenrafaelraf. My family are my EVERYTHING. They COMPLETE me ❤️💖💙💗💛 #MawaRadens • P/S: Thank you @arfanrashid sebab amik this precious candid #MawaRaf moment 😉

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

“Its about management…”

Tidak cukup itu, Raf turut berkongsi cara dia menguruskan masanya antara kerja dan keluarga menerusi satu lagi posting yang terbaru. Ceritanya, usai je teman isterinya habis shooting dia terus ambil anaknya di rumah dan hantar terus ke sekolah dan tidur sekejap untuk hilangkan letih badan sebelum sibuk dengan kerja lain pula.

“Lepas je habis kerja, saya terus balik rumah nak tengok anak-anak dan sempat lari pergi ke gimnasium sekejap. Pulang dari gym, saya terus balik makan malam dengan Mawar. Waktu tu pun anak-anak dah tidur. Saya dengan isteri waktu ni terus ambil kesempatan bersembang sampai kami berdua tertidur kepenatan,”

View this post on Instagram

My day today. Semalam Raf teman Mawar shooting sampai kul 6am. On the way balik, amik Rayyan kat rumah lepas tu terus send dia pergi sekolah. Then catch up my sleep for a while. Bangun je terus pergi kerja. Settle2 kerja semua, balik rumah nak tengok anak2 Rayyan, Raysaa and Rafael. Once da settle with them, lari skejap pergi gym malam tadi. Balik gym, dinner with Mawar. Anak2 lain da tido. Tinggal lah Rafael. And now da tidokan Rafael. Spend time with wifey pulak. Borak2 sampai la kami tertido. Macam ni life Raf seharian. It’s all about time management. Husband semua kena pandai bahagi2 kan masa untuk family, kerja dan personal interest. Tak mustahil pun. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. SELF REMINDER to me jugak hehe. Yang penting, family comes first no matter what. HAPPY FAMILY & WIFE, HAPPY LIFE 🥰 You all pulak macam mana? Share with me please 😉

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

Dia sempat menasihati agar para suami di luar sana bijak menyusun jadual masa kerja, rutin harian dan keluarga dalam masa sehari. Benda ini tak mustahil untuk lakukan sebab nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Dia turut mengakui dalam coretannya bahawa dia bukanlah suami yang sempurna untuk Mawar tapi dia cuba untuk beri yang terbaik. Malah, apa yang dikongsi pada dua posting ini untuk peringatan buat dirinya juga.

Suami macam ni lah kebanyakkan para isteri idamkan. Sayangnya tak ramai suami cuba berusaha cari masa untuk keluarga. Tahu pergi dan balik kerja. Ada tu sampai tak jumpa langsung anak-anak. Semoga bila ada para suami yang baca perkongsian Raf ni, sedikit sebanyak dapatlah menyedarkan mereka.

Semoga Raf dan Mawar bahagia!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai berikut:

Mawar Rashid Kena Tinggal Dengan Suami? ,

 Tak Ada Masa Nak Jaga Muka & Badan? ‘At Least’ Barang Ni Ada Dekat Meja Solek

 

 

 

Sumber: ig rafyaakob

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna