Penampilan Meghan Markle Ketika Hamil Tarik Perhatian Ramai

Oktober 2017, seluruh dunia digemparkan dengan berita gembira apabila pasangan diraja Britain iaitu Putera Harry dan Meghan Markle disahkan bakal menimang cahaya mata pertama pada musim bunga 2019. Tiba-tiba Donna tak sabar pula menunggu kelahiran anak mereka.

Sejak dari berita tersebut, Donna pun sentiasalah tengok pakaian Meghan dari hari ke hari di laman Instagram miliknya. bukan main lagi cantik dan berseri walaupun perut semakin membesar. Mungkin pembaca Donna yang sedang mengandung boleh tiru gaya pakaian Meghan.

Ini antara gaya penampilan Meghan….

Dress labuh bewarna kelabu putih yang bercorak bunga-bunga yang digayakan dengan kot labuh bewarna kelabu. Sangat match! Jika anda lihat Meghan juga sangat berani menggayakan warna yang terang seperti gambar  tengah-tengah. Kombinasi warna merah dan ungu. Jangan khuatir, fesyen ni kena berani je.

Lihat juga gambar di bawah gaya Meghan yang lain yang lebih elegen dan santai. Kepada yang rasa anda tak boleh tiru sebiji gaya ala-ala Meghan, mungkin anda boleh jadikan inspirasi atau sumber idea penampilan mix and match!

Berikutan itu, rata-rata pengikutnya membanjiri ruangan komen dengan mengatakan Meghan sangat cantik dan kelihatan sangat elegan. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang tidak sabar menunggu kelahiran anak mereka dan turut mendoakan kesihatan kandungan dan Meghan.

 

 

 

 

 

 

Sumber: instagram Meghan

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna