Pemuda Ini Beri Hadiah Untuk Semua Kanak-Kanak Orang Asli Yang Ditahan Polis

Baru-baru tular di media sosial apabila seorang penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura meninggalkan komen yang mengundang kemarahan orang ramai pada satu video posting yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak orang asli ditangkap polis kerana berlegar-legar di luar rumah.

Apa yang Ning tulis adalah “Miskin budak-budak ni, selipar pun takda,” ditambah dengan emoji ketawa. Ini kerana kesemua kanak-kanak yang ada dalam video tersebut tidak seorang pun memakai kasut. Tak apalah, husnuzon sajalah, mungkin Ning niat nak bergurau atau terlepas cakap.

Nak belikan budak-budak ni kasut!

Tapi apa yang menarik perhatian kami lagi apabila di twitter, seorang pemuda tampil menyuarakan isi hatinya untuk membelikan kesemua kanak-kanak orang asli yang ada dalam video tersebut sepasang kasut.

20 pasang selipar!

Selepas beberapa jam, pemuda tersebut berjaya dapat contact cikgu kanak-kanak orang asli tersebut dan dia terus menghubungi untuk berikan hadiah iaitu 20 pasang selipar. Nampaknya semua kanak-kanak dalam video tu, dapat pakai kasutlah nanti.

Ada orang belikan barangan sukan juga…

Bukan tu je tau, pemuda tersebut memberitahu orang ramai menerusi laman twitter miliknya bahawa ada juga individu yang baik hati berikan sumbangan barangan sukan untuk anak-anak orang asli tersebut.

Wah! Baguslah rakyat Malaysia ni, saling membantu. Pantang nampak orang susah, pasti ada yang bermurah hati menghulurkan bantuan.

Sikap empati dalam diri rakyat Malaysia, boleh dipuji. Semoga kebaikan begini berterusan sampai bila-bila, #kitajagakita.

 

 

 

 

Dapatkan tawaran menarik dengan hanya klik link ini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kemeja & Lengan Dilipat, Perunding Imej Ini Bongkar Maksud Penampilan PM

Lemon Dapat Membantu Anda Menyental Kotoran Di Rumah

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna