Pembunuh 3 Ekor Kucing Dalam Mesin Basuh Berjaya Ditahan

Semalam tular di media sosial sebuah rakaman litar tertutup menunjukkan seorang pemuda membunuh tiga ekor kucing jalanan di sebuah dobi layan diri di Kepong apabila ditangkap.

Tindakan kejam itu diketahui oleh seorang wanita, ketika ingin menggunakan dobi tersebut. Perkara itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin.

Suspek adalah OKU…

Lebih sadis lagi apabila kematian ketiga-tiga ekor kucing disebabkan lemas dalam mesin basuh tersebut, alahai kesian semua bulus tu. Bagaimanapun, awal petang hari ini suspek berjaya ditangkap di rumahnya sendiri.

Satu kenyataan melaporkan lelaki terbabit sebenarnya kurang siuman dan hidup gelandangan selama ini selepas kematian ibu bapanya. Hm, patutlah dia bertindak macam ni, ada masalah mental rupanya.

Menurut seorang wanita bernama Nur Hafizah Mohd Yusof (yang berpurdah), pemuda OKU tersebut biasanya akan merayau dan berjalan kaki dari Aman Puri ke Taman Ehsan Kepong kemudian tidur di parkir di kawasan perumahan tersebut.

Pemuda tersebut telah ditangkap…

“Saya nekad mencarinya malam tadi sejurus video tersebut tular kerana bimbang jika orang lain yang menemuinya kemungkinan dia akan dipukul dan mujur menemuinya kira-kira 9 malam,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika ditemui pemuda tersebut langsung tidak bertindak agresif dan tidak lama kemudian polis datang sebelum empat pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar tiba kira-kira 12 tengah malam.

Akan membuat pemeriksaan mental…

Malah, Hafizah sudah memaklumkan kepada semua pegawai terbabit keadaan lelaki itu dan berharap dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kes ini disiasat mengikut Akta kebajikan Haiwan 2015.

Dan sedikit info di sini, perempuan berpurdah itu bukan isteri kepada lelaki tersebut. Jangan salah faham ye girls! Tindakkan wanita ini harus dipuji kerana dia prihatin dengan keadaan semasa juga nasib lelaki terbabit yang dilihatnya sebagai insan kurang waras.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hanya Kerana Dijilat Kucing, Nyawa Nenek Melayang

Bagi Pemohon BSH Baru, Perlu Kemaskini 6 Maklumat Ini

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna