Pembayaran Jumaat Ini, Ini Cara Semak Status Untuk BSH Fasa Ke-3

Seperti dijanjikan oleh pihak kerajaan baharu, pada hujung bulan Julai 2020 ini, pengagihan Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ketiga akan dilaksanakan.

Bagi mereka yang gagal untuk tempoh fasa sebelum ini, duit BSH akan dikreditkan ke akaun jika sudah membuat kemaskini maklumat pemohon.

Kini, hampir tiba ke penghujung bulan Julai dan menurut Menteri Kewangan, Bayaran Fasa 3 akan dibuat mulai 24 Julai 2020 iaitu pada Jumaat ini dan sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk menerima duit bantuan.

Sumber: malaymail

Langkah semak status pembayaran…

Walaupun tidak mewah bantuan yang kerajaan salurkan tapi serba sedikit dapat membantu mereka yang hidup kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Anda boleh menyemak status pembayaran dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi BSH. Klik saja di sini.
  2. Pilih Menu Semakan Status Pemohonan (Maklumat Pembayaran Status BSH 2020).
  3. Masukkan maklumat yang diminta.
  4. Status permohonan akan dipaparkan dan paparan status akan memaparkan maklumat berikut.
  • Proses pengkreditan – Anda hendaklah menyemak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020.
  • Tunai– Penunaian BSN dengan membawa MyKAD asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status anda.

Untuk terus ke laman tersebut, klik saja di sini dan jika terdapat sebarang masalah dan inginkan maklumat lanjut mengenai BSH fasa ketiga anda boleh mengunjungi kaunter LHDN yang terdekat.

Berita baik buat penerima BSH fasa ketiga kerana terdapat tambahan RM100 akan diberikan buat penerima beserta RM50 dalam bentuk e-tunai. Malah, penerima kategori isi rumah yang layak mendapat tambahan bantuan RM120untuk setiap anak (bawah 18 tahun) terhad kepada empat orang anak.

Selamat berjaya dan semoga permohonan anda diluluskan!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bagi Pemohon BSH Baru, Perlu Kemaskini 6 Maklumat Ini

“Kecewa Duit BPN Tak Masuk..” – Cermin Bank BSN Dipecahkan!

 

 

 

 

 

 

Sumber: lamanwebbsh

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna