Pemandu Mabuk Buat Hal Lagi, Kali Ni Langgar Gerai Pula

Sebelum ini banyak kes tentang pemandu mabuk melanggar pengguna jalan raya lain sehingga maut. Lebih menyedihkan lagi apabila mangsa mempunyai keluarga yang bergantung harap pendapatannya seratus peratus dan pemandu bebas dengan ikat jamin.

Sekian lama jarang mendengar berita kes pemanduan mabuk. Kini, timbul lagi kes pemandu mabuk tapi, melanggar peniaga kecil tepi jalan pula. Tengoklah tu, habis bahan jualan berterabur atas jalan, aduh! Kasihannya pemilik gerai tu. Nak cari rezeki tapi rugi pula pulangannya.

Habis berterabur bahan jualan!

Kasihan mereka…

Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang anak saudara pemilik gerai kecil ini. Katanya, kejadian berlaku di Pekan Lama Seksyen 25 Shah Alam pada lewat petang.

“Dah la langgar orang lepas tu dia (pemandu mabuk) acah-acah dia yang betul. Konon-konon gangster. Nasib baik tiada kemalagan jiwa berlaku,” tulisnya menerusi posting akaun Facebook miliknya.

Apalah nak jadi dengan sesetengah rakyat Malaysia yang tak bertanggungjawab ni. Dah tahu mabuk, tak payah drive la! Bila jadi macam ni, kan dah menganggu rezeki dan menyusahkan orang.

Apa yang penting di sini adalah sikap bertanggungjawab setiap individu di malaysia ini. Jika anda merasakan anda tidak mampu untuk memandu, gunalah khidmat grab atau kenderaan awam kerana ia lebih praktikal.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sekolah Warga Asing Dah Mula Beroperasi?

Keadaan Hari Pertama Persekolahan Untuk Musim COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna