Pemandu Mabuk Bakal Disiasat Bawah Seksyen 302 Dakwa MEMBUNUH !

Seperti ramai rakyat Malaysia menyaksikan, terdapat ramai sudah individu yang menjadi mangsa kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk ini. Marahnya kita terhadap golongan yang yang mementingkan diri ini semakin membuak-buak.

Mana tidaknya? Akibat diri sendiri yang begitu batak akan menikmati minuman keras, orang lain pula yang menangung risiko dan kesan buruknya! Yang paling penulis tidak boleh terima apabila sehingga tahap mengorbankan nyawa manusia yang tidak bersalah.

Biadapnya mereka ini adalah beyond tolerance! Sehingga ramai rakyat yang menyeru pemandu mabuk yang telah mengorbankan nyawa yang tidak bersalah, hukumannya ke tali gantung!

Baca:“Setiap Kali Pulang, Saya Tak Boleh Peluk, Cium Anak” Luahan Sebenar Frontliner Hadapi Risiko Covid-19

Walau bagaimanapun, mengikut sumber daripada Ohmymedia, menyatakan kini kerajaan sedang mengambil langkah dalam perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara supaya kes yang melibatkan kematian disebabkan pemandu mabuk disiasat dan dituduh mengikut Kanun Keseksaan serta Seksyen 302.

via GIPHY

Bagi mereka yang tidak tahu, seksyen 302 ini adalah kesalahan yang melibatkan kematian dengan sengaja atau seksyen 307 iaitu cubaan membunuh dengan niat. Langkah drastik diambil untuk membuat pindaan akta hukuman lebih berat.

Usul bagi menjalankan pindaan Akta 333 dengan kadar segera dan dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan dibawa ke persidangan parlimen dalam tempoh singkat ini.

 

 

 

 

Baca: Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

“Aku Rindu Masakkan Mamaku”- ‘Frontliner’ Penat Dan Rindu Keluarga

 

 

 

 

 

 

Sumber:Ohmymedia

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna