Pemakanan Dah Jaga Tapi Kenapa Berat Badan Tak Turun-Turun Ni?

Aku makan sikit je hari-hari, bersenam pun dah. Kenapa berat badan susah betul nak turun!”

Rungut dalam hati seorang wanita yang mempunyai masalah berat badan. Bila tengok orang lain diet, senang je berat badan mereka turun sampai kadang-kadang tu dalam seminggu mereka boleh turunkan sebanyak 3-5 kilo. Jealous! Kita ni, hasil diet tak nampak-nampak! Lemak liat betul nak pecah.

Siapa je tak nak memiliki berat badan yang ideal? Semua wanita menginginkannya. Cuma, mungkin ada  yang menggunakan cara yang salah. Untuk pengetahuan anda, mengurangkan berat badan bukan saja mengurangkan kuantiti makanan dan bersenam semata. Ada faktor lain yang perlu dijaga juga.

Sumber: unsplash

Apa jalan penyelesaiannya?

Hm, jadi macam mana nak jaga pemakanan dengan hasil yang memuaskan? Jom lihat nasihat daripada salah seorang pakar nutrisi, Kyle Coughan yang diterangkan menerusi laman Insgaram miliknya.

  1. Dapatkan tidur yang secukupnya. Paling optimal 7-9 jam sehari.
  2. Terlalu banyak sangat kandungan minyak dalam satu pinggan. Kurangkan!
  3. Sentiasa semak jumlah pengambilan kalori. Tak tahu nak semak, gunakan aplikasi
  4. Makan makanan yang berfibre kerana sangat penting untuk pencernaan dan penyerapan nutrisi.
  5. Ambil jumlah protein yang banyak kerana protein dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme.
  6. Pastikan anda kekal hidrasi! Jika tidak, badan anda gagal bantu dalam misi mengurangkan berat badan. Sekurang-kurangnya minum 3 liter air sehari.
  7. Elakkan melakukan senaman kardio dengan kerap (senaman yang melibatkan aktiviti jantung) tapi lebihkan melakukan aktiviti yang memerlukan mengangkat berat.

Sumber: unsplash

Perlu ditekankan, imunisasi setiap badan kita berbeza-beza jadi cara pun berbeza. Inginkan cara yang tepat, berjumpalah dengan pakar body fitness untuk dapatkan nasihat jadual rutin harian dan pemakanan supaya diet tak sia-sia.

 

Untuk bacaan yang menarik, klik saja senarai artikel berikut:

 Jenis Makanan Yang Boleh Bakar Lemak Tepu ,

Harap Tidak Terlambat, Tapi Cuba Tengok Kalori Sebiji Kuih Hidangan Raya Ni

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna