Pelitup Muka Turun Harga Lagi!

Bulan lepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil keputusan untuk menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapis daripada RM1.50 seunit kepada RM1.20.

Hari ini, berita gembira lagi buat rakyat Malaysia kerana Harian Metro mengeluarkan laporan dimana harga pelitup muka tiga lapis bagi jualan runcit akan diturunkan lagi di bawah kadar RM1 sekeping dan 95 sen seunit bagi pembelian borong.

Sumber: penangkini

15 Ogos pelitup muka akan turun harga!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, harga syiling bagi pelitup muka pada RM1 akan berkuatkuasa Sabtu ini iaitu pada 15 Ogos. Kira-kira dua hari lagi!

“Pada masa sama, harga pelitup muka ini juga mungkin akan diturunkan lagi sehingga 80 sen pada masa depan bergantung keadaan semasa kerana tak guna kalau turunkan harga tapi tak dapat dijual sebab harga pengeluaran masih tinggi dan face mask tak laku,” katanya pada sidang media hari ini.

Harga face mask di pasaran…

Berikutan itu, Alexander menyatakan harga empat jenis pelitup muka yang diwartakan sebagai harga terkawal di bawah Perintah-perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum).

Jom lihat harga face mask yang terkini di pasaran yang berkuat kuasa 15 Ogos ini.

  1. Pelitup muka (pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga) dijual pada harga RM7 sekotak bagi peringkat runcit, dan RM5 (borong).
  2. Pelitup muka (pembedahan/perubatan) satu dua lapisan (gelung telinga) dijual pada harga RM10 sekotak bagi peringkat runcit, dan RM8 (borong).
  3. Pelitup muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala/ikatan pada kepala) dijual pada harga RM50 sekotak bagi peringkat runcit, dan RM47.50 (borong).
  4. Pelitup muka (pembedahan/perubatan) N95 yang dijual pada harga RM6 seunit (runcit), dan RM100 sekotak (borong).

Wah! Baguslah, face mask makin murah. Tindakan kerajaan ni sekaligus membuatkan penurunan kes denda bagi yang gagal memakai face mask.

Senang cerita, untuk dua hari ni, stop dulu beli face mask, nanti hari sabtu baru beli borong banyak-banyak. Jimat duit, ihiks!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja artikel berikut:

Purdah & ‘Face Mask’, Sama Ke?

Cikgu Kongsi Kisah ‘Face Mask’ Murid Kotor & Berjahit

 

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna