Pelik Dan Geli! Kalau Sekarang Pakai Kondom, Tapi Orang Dulu-Dulu Pakai Cara Ni Elak Hamil

Kalau sekarang ni pergi je mana-mana kedai, pasti mudah untuk anda dapatkan alat pencegah kehamilan. Tapi pernah tak anda terfikir macam mana orang dulu-dulu untuk merancang keluarga? Mungkin sekarang bukan hanya kondom, tetapi anda juga boleh melakukan temujanji dengan doktor untuk dapatkan suntikan, IUCD dan ubat pil yang berkesan.

Sebelum adanya kaedah-kaedah seperti di atas, tahu tak pada zaman dahulu mereka menggunakan cara paling awal yang dikenali sebagai coitus interruptus. Apa yang mereka boleh lakukan adalah dengan menyuruh suami mengeluarkan zakar semasa orgasm berlaku agar sperma tidak keluar ke dalam vagina. Tetapi bukan itu sahaja, menurut Buzzfeed terdapat 6 kaedah yang digunakan pakai pada waktu terdahulu, tetapi kebanyakan cara ini digunakan pada pelacur bukan pasangan yang sudah berkahwin.

Image result for buaya

Sumber: detik

Kotoran Buaya

Alamak sekali dengar, memang menjijikan! Pada tahun 1850 wanita-wanita Mesir menggunakan kotoran buaya untuk mengelakkan daripada hamil. Walaupun ia adalah bahan yang kotor serta menggelikan, tetapi ia adalah salah satu kaedah popular pada waktu itu. Mereka akan masukkan kotoran tersebut ke dalam mulut rahim untuk menghalang air mani masuk pada vagina. Kebiasaannya mereka akan campurkan sedikit madu sebagai anti bakteria dan membantu untuk kotoran tersebut lebih melekat pada rahim.

Masukkan Batu Dalam Vagina

Berani ke masukkan batu ke dalam vagina? Haa bayangkan pada zaman dahulu wanita menggunakan alat bahan kuno yang berbentuk diafragma atau cervival cap yang digunakan sekarang. Wanita yang memilih kaedah ini disarankan untuk mencelup alat tersebut pada minyak peppermint sebelum diletakkan pada vagina.

Image result for melt mercury

Sumber: youtube

Merkuri Cair

Aduh memang tak dapat nak bayangkan! Pelacur pada zaman dahulu diarahkan untuk minum cairan merkuri atau makan tablet merkuri selepas melakukan seks untuk mengelakkan hamil berlaku. Kaedah ini didapati tidak tahan lama kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian.

Pundi Kencing Haiwan

Puak Romawi Kuno menggunakan pundi kencing daripada kambing, domba dan haiwan yang lain untuk membalut penis semasa melakukan hubungan seks. Kaedah ini digunakan pakai untuk mencegah penyakit selain melindungi wanita daripada mengandung.

Image result for kemenyan

Sumber: bukanaku 

Minyak Cemara Dan Kemenyan Pada Vagina

Haih bila dengar kemenyan ni selalunya dalam cerita seram je yang dipakai ketika orang meninggal. Tapi yang paling luar biasa apabila orang dulu-dulu meletakkan minyak cemara dan kemenyan pada vagina.

Cuci Vagina Dengan Cuka

Masyarakat pada abad ke 16 di Eropah percaya bahawa asid dalam cuka boleh membunuh sperma. Ia digunakan pada pelacur untuk mencuci alat sulit mereka dengan menggunakan cuka.

Memang unik dan pelik betul cara mereka untuk mengelak daripada hamil, nasib baik lah kita hidup di zaman yang serba moden kerana mempunyai pelbagai kemudahan yang semakin canggih dan lebih efektif. Anda yang sedang membaca ni, jangan berani-berani cuba pula ya. Nanti merana diri sendiri.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Pedulikan Makcik Bawang, Nikah Tanpa Majlis Resepsi Why Not ?

 

 

 

Sumber: aseanparent

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna