Pelik bin Ajaib! 3 Tempat Menarik Di Dunia

Kesukaran pergerakan menyebabkan kita rindu untuk berada di luar, bersosial dan bertemu dengan rakan-rakan. Walau bagaimanapun, demi untuk memutuskan rangkaian penularan wabak merbahaya COVID-19, kita kena berkorban terlebih dahulu. Okay ladies?

Donna nak bawa minda anda semua untuk travel sekejap. Using your imagination, Donna nak kongsikan tiga tempat yang paling menarik dalam dunia. Sementara itu, anda semua yang #stayhome tu boleh berangan dan planing siap-siap nak ke mana selepas kita mengharungi wabak COVID-19 ini.

But first, Donna nak tanya kalau bersembang pasal travel ke luar negara, nama tempat yang sering kita dengar adalah, Korea. Donna faham ramai dari anda biasanya akan memilih tempat untuk bercuti di bandar-bandar utama sahaja sebabkan access untuk pelbagai perkara. But, next please? why not anda tukar sedikit travelling experience kali ini?

Donna nak share  dekat anda tempat-tempat yang mungkin rare untuk anda tapi sangat menarik dan menyimpan 1001 misteri bagaimana tempat itu terhasil. So, lepas ini kalau anda nak melalui percutian yang adventure sikit boleh la cuba ke dekat tempat-tempat ini.

Pulau Easter

Pulau Easter terletak di tenggara lautan Pasifik dan ianya terkenal kerana mempunyai 887 patung batu yang menakjubkan yang digelar sebagai Moai. Pulau Easter ni diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia tau disebabkan mempunyai patung batu yang begitu banyak di situ. Wow!  Pulau ini juga adalah di antara pulau terkecil di dunia dan kini adalah milik tanah jajahan Chile.

Foto:www.nytimes.com

Stonehenge

Stonehenge terletak di Wiltshire, England dan ianya adalah binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar yang berdiri tegak dalam bulatan. Batu besar ini berkemungkinan dibina antara 2500 sebelum masihi hingga 2000 sebelum masihi.

via GIPHY

Keunikan batu itu berdiri dan tersusun cantik menjadikan tempat ini adalah sebuah tempat yang mempunyai lanskap yang sangat menarik. Kalau ikutkan banyak lagi batu yang berdiri di situ tapi kebanyakkannya dah jatuh dan hanya tinggal beberapa sahaja yang masih elok. Disebabkan keunikan tersendiri, rakaman dan pengambaran Stonehenge terdapat banyak dalam filem animasi dan realiti. Antara salah satunya adalah filem animasi Brave.

Monument Valley

Lembah Monumen terletak di Arizona, Amerika Syarikat dan di kawasan itu dipenuhi dengan monument-monumen yang terbentuk dari batu pasir yang berwarna merah. Ianya adalah sebuah kawasan yang kering dan bertanah merah ala-ala macam dalam filem koboi.

Foto:www.reddit.com

Tempat ni sangat menarik sebab kawasannya yang sangat luas dan kosong membuatkan korang akan terasa seperti seorang Cowboy yang sesat di tengah gurun. Selain itu monumen yang terbentuk dari tanah merah di situ juga sangat besar dan berbentuk seperti sebuah castle atau istana dari tanah dan ianya terbentuk secara semulajadi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Strange worlds amazing place, Reader’s Digest

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna