Pelakon Umur 24 Tahun Masih Hisap Botol Susu

Lain macamlah berita kali ni..

Masalah ini seringkali dihadapi oleh ibu bapa bila si anak susah nak move on daripada minum susu menggunakan botol susu. Tapi, selalunya anak-anak akan mula selesa menggunakan cawan apabila mula meningkat dewasa.

Lain pula dengan cerita kali ni. Meskipun sudah berusia 24 tahun, pelakon Indonesia, Anya Geraldine mengakui dirinya masih memiliki tabiat menghisap susu dari botol.

Perkara itu dikongsikannya di Twitter baru-baru ini menerusi sebuah fotonya berbaring sambil menikmati susu botol berkenaan. Menurutnya, dia gagal mengikis tabiat itu meskipun pernah dihalang ibu bapanya selain semua botol susu miliknya di rumah habis dibuang.

“Ceritanya, apabila saya sudah berada dalam kelas 6, saya diminta berhenti menyusu botol oleh ibu bapa. Semuanya (botol susu) terus dibuang, dan akhirnya kembali menyusu botol sewaktu di kolej.

“Selepas tinggal sendirian, saya teruskan tabiat itu, tapi kalau ibu bapa datang sini, pasti dibuang lagi. Jadi saya kena beli selalu. Tak tahu kenapa, padahal umur sudah 24 tahun,” katanya.

Sekali gus, perkongsiannya itu membuatkan ramai pengikutnya di Twitter terhibur. Tidak ketinggalan, rata-rata peminat lelaki turut mengusik tabiat peliknya itu.

Anda semua bagaimana? Masih ada lagi ke yang belum move on dengan botol susu masing-masing? Hiks!

 

 

 

Baca juga:

Suami Pakai Baju Kelawar Isteri Bukan Buang Tabiat, Itu Kreativiti-Perdana Menteri

Lihat Pembentukan Sperma Pelik Bila Anda Merokok

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna