Pelakon Komedi Malaysia, Zaibo Telah Pulang Ke Rahmatullah, Takziah!

Masih segar lagi ingatan dengan sitkom Spanar Jaya yang ditayangkan selama 6 tahun di ntv7 sekitar tahun 1999-2005. Sitkom ini mengisahkan Pak Selamat, seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan. 

Watak Pak Selamat yang dibintangi oleh pelakon dan pelawak Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abdul Hamid ternyata masih mendapat tempat di hati peminatnya seringa ke hari ini.

Sumber: internet

Hari ini juga, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih pemergian Zaibo selepas enam bulan menyedari dan menderita akibat kanser esofagos. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.30 tengahari petang Rabu dan berita ini juga disahkan oleh isterinya Siti Rawa Sawal.

Menurut sumber, Zaibo hanya menyedari dia menghidapi penyakit ini pada Ramadan lalu apabila dia tidak boleh menelan makanan. Berita  Zaibo sakit mendapat perhatian ramai sehinggakan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suaminya, Dennis Muhammad Abdullah sempat berkunjung melawat beliau semasa tenat.

Sumber: rojak daily

Jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor selepas solat Isyak.

Dikesempatan ini, Donna mengucapkan takziah buat keluarga Zaibo dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang disayangi dan dirahmatiNya. Al-Fatihah.

Berikutan itu, rakan artis seperjuangannya turut mengucapkan takziah kepada keluarga artis veteran tersebut.

Sumber: BH

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna