Pekerja Petronas Dibelasah Teruk Setelah Menegur Pelanggan Tidak Mematuhi SOP

Sudah menjadi kebiasaan akan norma baharu ini apabila kita harus mematuhi SOP apabila berada di tempat awam. Mana tidaknya, ini juga adalah demi kebaikkan dan keselamatan nyawa masing-masing.  Tidak mengira siapa, jika tidak mengambil langkah untuk berjaga, virus COVID-19 ini akan menyerang dengan tanpa belas kasihan!

Jika ada yang daripada masyarakat sanggup dan tidak langsung kisah untuk menjaga nyawa sendiri, maka janganlah pula menyusahkan nyawa orang lain pula!

Kejadian berlaku di Bintulu, Sarawak tular setelah satu rakaman daripada CCTV. Dalam rakaman tersebut, terlibat seorang lelaki yang juga merupakan seorang pelanggan di stesen minyak Petronas yang terletak di Sungai Plan, bertindak membelasah seorang pekerja lelaki setelah dia tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai topeng muka.

Posted by Damia Hanie on Monday, 15 June 2020

Berang diegur dan tidak dibenarkan masuk ke premis itu, pelanggan lelaki bertindak di luar kawalan dan memukul mangsa. Mangsa juga turut dibantu oleh salah seorang lagi pekerja namun gagal mengawal keadaan. Rakaman menunjukkan mangsa dipukul sehingga jatuh ke lantai dan masih lagi dipukul sehingga beberapa minit lamanya.

Laporan polis telah dibuat terhadap lelaki tersebut dan suspek diminta untuk menyerah diri bagi membantu siasatan akan kejadian.

Setelah rakaman tersebut menjadi viral, netizen meluahkan rasa kecewa dan marah kerana tindakan lelaki itu. Donna juga turut merasakan kasihan akan pekerja Petronas itu hanya kerana dia menjalankan tugasnya!

Besar sangatkah diri itu dianggap sehingga tidak boleh menegur kerana tidak mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan sendiri? Bukankah ini juga demi keselamatan diri juga? Alahai kalau rasa diri kebal daripada jangkitan, maka tidak perlu melibatkan orang lain. Tanggung sendiri sudahlah!

Semoga masyarakat patuhi dan memahami akan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan pada waktu ini. Usah pandang remeh akan SOP ini. Cuba fikirkan, mematuhi SOP belum tentu boleh menyelamatkan kita daripada jangkitan virus COVID-19, namun risikonya berkurangan! Inikan pula tidak mematuhi SOP? Fikirlah secara logik..

 

 

 

 

 

 

Sumber:Ohmymedia

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna