Pekerja ‘Istimewa’ Makanan Segera Bersara Selepas 32 Tahun Berkhidmat

Seorang lelaki istimewa yang menghidap penyakit Sindrom Down bersara selepas berkhidmat hampir 32 tahun di sebuah premis makanan segera terkenal dunia.”

Russell O’Grady mula memakai pakaian seragam terkenal itu pada tahun 1986 dan ketika itu dia berusia 18 tahun.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

Dia memulakan khidmatnya di restoran segera cawangan McDonald’s Northmead di Sydney seterusnya menjadikan dia dikenali ramai penduduk setempat. Sebelum ini ramai orang kurang upaya kurang mendapat tempat dalam industri pekerjaan, namun hari ini rata-rata syarikat besar sudah menerima golongan ini. Ini kerana faktor kesungguhan dan kerajinan yang mereka perlihatkan lebih daripada orang normal.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

Russell sering dilihat melakukan kerja bahagian pembersihan dan menyambut pelanggan. Selain itu dia juga diberi tanggungjawab mengambil pesanan daripada pelanggan pada hari-hari tertentu dan juga di amanahkan untuk membantu membuat persiapan untuk majlis sambutan hari lahir pelanggan yang ingin mengadakan majlis. Kini Russell sudah berusia 50 tahun dan dia akan meninggalkan pelanggannya. Ramai yang bersedih dengan berita itu kerana kebanyakkan yang datang ke premis makanan segera itu bukan setakat untuk menjamu selera bahkan untuk melihatnya dari dekat.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

Penyelia premis makanan segera ini, Courtney Purcell berkata Russell O’Grady telah menjadi ikon di Northmead.

“Semua orang mengenalinya. Kami mempunyai pelanggan tetap yang datang untuk berjumpa dengan Russell pada hari Khamis dan Jumaat. Dari dulu hingga sekarang semua kakitangan menjaga dia dengan baik, dan pastinya dia akan dirindui. Dia adalah pekerja yang sangat berdedikasi dan pastinya membuatkan seluruh ahli keluarganya berbangga,” ujarnya pada majlis persaraan Russell.

Bapa Russell, Geoff O’Grady memberitahu orang sekeliling sangat sayang dan menerima anaknya seperti orang biasa dalam masyarakat. Jika ada yang terjumpa dengan Russell pasti semua orang akan menegurnya.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

“Dia sangat penyayang, sangat disayangi dan dihargai, sehingga kami sendiri tidak percaya tahap kebolehannya sangat tinggi. Daripada seorang anak yang sering dilabel sebagai ‘cacat’ dan mungkin tidak mampu melakukan apa-apa. Namun semua tanggapan berubah kerana dia boleh berdiri atas kaki sendiri dengan bekerja” kata Geoff.

Russell yang merupakan seorang penggemar sukan boling tenpin gemar menghabiskan masa terluang di Northmead Bowling Club di Richmond. Setelah berkhidmat lebih 32 tahun, Russell O’Grady akhirnya membuat keputusan untuk bersara atas faktor tahap kesihatanya yang tidak berapa baik. Selamat berehat panjang Russell!

 

Sumber: Dailymail.co.uk

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna