Pekat Dan Berempah! Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan

Hidangan bersup ni memang menjadi pilihan ramai kerana ia bukan sahaja memberi kesegaran pada musim hujan malah lebih berkhasiat kerana mempunyai rempah ratus yang baik untuk tubuh badan. Bukan setakat makan dengan nasi tapi sup tulang ni boleh dijadikan sebagai minuman petang untuk dicicah bersama roti.

Nak masak sup tulang ala-ala Chef Wan? Senang je, jom tengok resepi di bawah yang pastinya sup anda kali ni akan lebih pekat dan sedap. Bak kata orang, sekali hirup pasti nak lagi.

Image result for resepi sup tulang ala chef wan"

Sumber: sedapresepi

Bahan-Bahan

  • 500 gram tulang lembu berdaging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
  • 1 1/2 sudu besar tomato puree
  • 1 batang lobak merah, didadu
  • 1 biji kentang, didadu
  • 2 batang saderi, dihiris besar
  • Sedikit daun sup, dihiris
  • Bawang goreng
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 8-10 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 batang serai, hiris nipis
    • 1 inci halia
  • Bahan untuk tumis:
    • 4 biji buah pelaga
    • 2 batang kayu manis
    • 6 kuntum bunga cengkih
    • 2 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.
  4. Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.
  5. Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.

Bayangkan hirup sup tulang, tambah pula dengan sedikit kicap cili memang berpeluh menghirup kuahnya!

 

 

Untuk resepi yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Nak Isteri Puas Suami Kena Tahu Teknik Fingering Yang Tepat

 

 

 

 

 

Sumber: resepichenom

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna