Pejam Mata Boleh Siap! Bubur Cha Cha, ‘Simple’& Sedap

Di Malaysia, terdapat pelbagai budaya dan etnik jadi tak hairanlah makanan tradisional setiap budaya wujud di sini. Pelancong yang melancong ke Malaysia pasti berasa beruntung kerana dapat menikmati makanan dari pelbagai budaya.

Salah satu pemanis mulut yang menjadi perhatian ramai adalah Bubur Cha-Cha. Jangan ingat hidangan ni dari orang melayu. Sebenarnya, ia adalah hidangan salah satu pencuci mulut yang terkenal dalam golongan keturunan Nyonya.

Sumber: mamajue

Jika anda pergi ke negara Hong Kong, bubur ini pasti ada jual di kafe atau gerai kecil dan dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda cara membuat bubur Cha-Cha cara mudah, sedap dan berlemak!

Bahan-bahan

  1. Santan
  2. Cha-cha
  3. Air
  4. Gula
  5. Garam
  6. Gula merah
  7. Daun pandan

Cara penyediaan

  1. Rebus cha-cha terlebih dahulu sehingg lembut dan kembang.
  2. Masukkan santan, daun pandan dan cha-cha yang telah direbus di dalam periuk dan masak dengan api perlahan agar santan tidak berketul.
  3. Masukkan gula pasir, gula merah dan sedikit garam. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air mengikut citarasa.
  4. Hidangkan!

Sumber: facebook

Mudah je kan? Percayalah, kalau hidang dekat anak atau suami pasti mereka suka. Lebih-lebih lagi bila jarang makan, memang confirm sehari tu boleh habis. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Likat & Manis! Sekali-Sekala Jom Hidang Bubur Pulut Hitam Untuk Sajian Petang

Ambil Tahu Makanan Yang Perlu Diambil Bila Mengandung

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna