Peha Melimpah Bukan Alasan Tidak Boleh Bergaya

  Ada trik berguna kepada anda agar menghargai betis dan peha yang besar itu jika anda sudah putus asa untuk mengecilkannya.”

Orang berbadan gempal pasti seboleh-bolehnya mengelak berbicara topik mengenai fesyen kerana tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Sebahagian besar wanita gempal pula langsung malas hendak berfikir mengenai soal berpakaian. Untuk memilih jalan selamat agar tidak kelihatan terlalu menonjol, mereka lazimnya memilih warna gelap atau hitam sebagai rona wajib sama ada pakaian ke pejabat, majlis rasmi mahupun apabila bersantai untuk sembunyikan kelemahan yang ada pada tubuh. Sedangkan bentuk badan tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada sesiapa untuk bergaya, malah industri sekarang telah banyak mengiktiraf kemunculan model bersaiz besar dalam dunia peragaan antarabangsa. Kebanyakan label pakaian juga ada menawarkan pilihan pakaian yang bukan sahaja mampu digayakan oleh gadis langsing malah wanita bersaiz besar.

Memiliki bentuk badan yang sempurna adalah impian bagi setiap wanita. Tetapi peha dan betis yang besar sering menjadi penghalang bagi mereka untuk mencapai kesempurnaan itu. Kaum lelaki biasanya menganggap betis dan peha sebagai salah satu bahagian tubuh wanita yang paling menarik. Ini membuatkan wanita yang memiliki betis besar dan paha yang besar berasa kurang selesa dan yakin dengan penampilan diri mereka. Biarpun anda mempunyai betis atau peha yang besar, janganlah menganggapnya menjadi punca untuk anda tidak boleh tampil lebih bergaya. Ada trik berguna kepada anda agar menghargai betis dan peha yang besar itu jika anda sudah putus asa untuk mengecilkannya. Yang penting adalah keyakinan diri anda untuk bijak mencuba pakaian yang dirasakan sesuai serta selesa dengan bentuk fizikal masing-masing tanpa menyembunyikan diri di sebalik pakaian.

 

PEMILIHAN BAJU

Sumber Foto: bgwoman.net

Seringkali individu yang mempunyai betis dan peha besar suka menggunakan seluar atau skirt kembang, untuk menutupi kelemahannya itu. Anda juga disarankan menggayakan top atau baju yang sedikit besar serta longgar hingga paras peha dipadankan dengan seluar skinny. Jadi betis dan peha yang besar itu akan mempunyai ilusi yang sedikit kecil dari kebiasaannya. Kurangkan penggunaan aksesoris agar penampilan anda kelihatan seimbang.

 

PILIH KASUT YANG TEPAT

Sumber Foto: Google image

 

Tidak perlu memakai kasut yang boleh menarik perhatian ramai. Kerana secara tidak langsung, ramai mata akan memandang seluruh susuk kaki anda yang tidak berapa ‘kecil itu’. Cukuplah sekadar menggunakan motif biasa atau sederhana. Pemilihan warna juga memainkan peranan. Pilih warna kulit atau warna-warna senada. Pilihan kasut berpotongan besar juga adalah idea yang menarik agak kaki anda kelihatan lebih kecil dari kebiasaannya.

TIPS EKSTRA KECILKAN BETIS ATAU PEHA!

Jika sudah bosan dengan keadaan betis atau peha anda yang besar itu, anda perlu lakukan sesuatu. Mulakan aktiviti yang boleh membantu mengecilkan bahagian itu.

Sumber Foto: Google image

  • Guna Kaedah Duduk Hanya 20 minit – Jika anda berkerja di pejabat yang memerlukan anda duduk mengadap komputer seharian, gunakan kaedah duduk hanya untuk 20 minit, kemudian bangun sebentar meregangkan otot-otot di punggung dan peha selama beberapa saat dan baru duduk semula.
  • Lompat Si Katak Lompat – Lompat katak nampak lucu tetapi mempunyai keistimewaan dan kebaikan tersendiri. Ia membantu membentuk betis dan peha cantik dan tidak kendur. Jika malu lompat sendirian, anda boleh ajak anak kecil anda untuk sama-sama turut serta.
  • Melakukan Senaman – Senaman yang baik untuk peha dan betis ialah berjalan, berjogging dan squat. Kaki anda merupakan otot utama untuk ketiga-tiga senaman ini. Jadi tiada alasan untuk anda tidak membuat senaman ini!
  • Kurangkan Pengambilan Makanan Berlemak – Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama peha dan betis yang besar. Oleh itu anda perlu berusaha elak makanan berlemak untuk dapatkan betis dan peha yang tip top.
  • Makan Makanan Yang Berserat – Makanan berserat tinggi seperti sayur dan buah-buahan dapat membantu untuk kecilkan betis dan peha kerana mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurang lemak. Secara tidak langsung dapat menurunkan berat badan juga tau!
  • Berbasikal & Renang – Dua aktiviti ini sangat membantu mendapatkan peha dan betis yang menarik. Bonus bukan sahaja itu, malah punggung anda akan membulat dan montok dengan elok.

 

 

Sumber: hipwee liputan6 wom

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna