Pedulikan Makcik Bawang, Nikah Tanpa Majlis Resepsi ‘Why Not ‘?

Bila layan rancangan Mahligai Cinta, alahai bestnya dapat tengok perkahwinan dan majlis resepi yang gah dan eksklusif dihadiri ramai tetamu. Donna pasti setiap wanita mempunyai wedding dream yang tersendiri, tapi memandangkan zaman ekonomi sekarang semua barang mahal mungkin ia menjadi penghalang buat anda sehingga terpaksa sekat beberapa perbelanjaan untuk majlis yang bakal tiba.

Buat kenduri grand-grand kata nak menunjuk, tapi bila tak ada majlis resepi mula lah geng makcik bawang berkata-kata. Ramai yang masih terikat dengan adat sehingga terlupa bahawa sebenarnya mengisytiharkan perkahwinan adalah sunat untuk mengelak daripada prasangka buruk masyarakat.

Image result for wedding

Sumber: hello

Cukup sekadar bernikah dan majlis makan kecil kecilan, kerana melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka atau fitnah adalah berdosa. Ukur baju di badan sendiri, jika tidak mampu untuk buat perkahwinan yang gah berserta pelamin, ikutlah keselesaan masing-masing untuk menghebahkan perkahwinan iaitu di media sosial.

Hey sekarang zaman gajet, setiap hari anda akan update di facebook, twitter dan Instagram. Jadi masa ni lah anda ambil peluang untuk gunakan platform media sosial dengan menghebohkan berita baik itu pada saudara-mara dan kawan-kawan. Walaupun tiada sanding, anda juga boleh lakukan jamuan kecil-kecilan, itu sudah memadai.

Usah buat majlis resepi ala-ala artis kalau tidak mampu. Ingat tujuan utama anda untuk memberitahu dan mencapai hasrat perisytiharan perkahwinan. Dalam agama Islam sendiri tiada amalan seperti bersanding, adat tepung tawar dan beras kunyit yang sememangnya ia datang daripada ajaran Hindu.

Niat untuk meraikan pengantin, jangan sampai ada unsur yang bertentangan dengan agama Islam. Jadi setiap majlis perlu lah mencari keberkatan dari Allah, sesuai dengan syarak baru lah mengikut pandangan Islam.

 

Untuk artiked lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Merajuk Dengan Pasangan? Ini Posisi Tidur Paling Romantik Untuk Baiki Hubungan Suami Isteri

 

 

 

Sumber: baituljannah 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna