Pedas & Menyengat! Keli Gulai Lemak Cili Hijau Campak-Campak Pun Sedap

Bila hari-hari masak, pernah tak chuols mengalami situasi tak tahu nak masak apa sampaikan hidangan dua hari lepas dimasak lagi sekali sebab ketandusan idea.

Bila tanya pasangan kita nak makan apa, dijawabnya “apa-apa je la, saya makan je” memang masak hidangan dua hari lepaslah, kena pula cara penyediaan hidangan yang mudah. Memang masak berulang la.

via GIPHY

Ikan keli gulai lemak cili hijau campak-campak!

Sekarang, sis nak kongsikan satu menu yang mudah je. Orang tua-tua kata campak-campak je! Macam mana masak level campak-campak tu, jom tengok bahan dan cara penyediaan Ikan Keli Masak Gulai Lemak Cili Hijau.

Bahan-bahan…

Bahan A (Kisar)

  1. Bawang merah sebiji. Kalau kecil, dua biji.
  2. Bawang putih 6 ulas.
  3. Cili padi hijau 20 batang.
  4. Cili besar hijau 2 batang.
  5. Cili merah 5 batang.

Bahan B

  1. Tomato.
  2. Gula gerek.
  3. Serbuk perasa.
  4. Sos ikan dua sudu.
  5. Air putih secawan.
  6. Serai diketuk manja.
  7. Santan dua cawan setengah.
  8. Ikan keli yang dah digoreng.

Cara penyediaan…

  1. Bahan kisar tadi ditumis bersama serai sehingga naik bau dan minyak.
  2. Masukkan sos ikan. Kacau 5 minit.
  3. Kemudian, masukkan santan dan air pula. Kacau sehingga menggelegak.
  4. Masukkan gula gerek dan serbuk perasa. Kacau sehingga rasa harmoni.
  5. Seterusnya, masukkan ikan keli yang sudah digoreng.
  6. Akhir sekali, masukkan tomati yang sudah dipotong empat bahagian.
  7. Hidangkan!

Mudah je kan? Kalau nak lagi mudah beli je santan yang dah disiap diperah. Tak perlu kisar dan perah tapi make sure bukan santan kotak ye! Kalau tak rasa lemak dalam hidangan tak menusuk!

Okaylah, sis nak cuba masakan western pula. Kalau menjadi sis share dengan chuols ye, ihiks!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Resipi Gulai Tempoyak Patin Lain Dari Yang Lain

Kena Tahu Beza 8 Jenis Cili Ini

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna