Pedas Berganda Pun Tak Jadi Hal, Jika Anda Tahu Trick Ni

Cabaran makan pedas berganda-ganda? Ha, anda cukup berani ke nak cuba? Biasalah zaman sekarang ni memang dah jadi ‘trend’ untuk mencuba makanan yang mempunyai tahap kepedasan yang tinggi bak kata orang tak ‘kick’ lah kalau tak pedas. Tapi pasti ada yang sampai rasa pijar lidah dan siap berpeluh-peluh dahi bila minum air.

Ramai sebenarnya yang silap dengan minum air dalam kuantiti yang banyak apabila terasa pedas. Anda perlu tahu rasa pedas pada cili adalah disebabkan bahan yang dipanggil capsaicin yang bersifat tidak larut di dalam air. Sebab tu bila anda minum air waktu tengah rasa kepedasan ia hanya melegakan untuk seketika tapi bukan menghilangkan.

Nak tahu cara yang lebih efektif, jom lihat di bawah!

Image result for susu

Sumber: inspira

Susu 

Apa kata daripada anda teguk air sejuk tukarkan kepada susu. Ini kerana susu dan keju mengandungi lemak serta casein iaitu protein yang mampu memisahkan capsaicin daripada rasa pedas. Untuk anda yang tak suka susu, minuman seperti soya juga sesuai untuk menghilangkan rasa pedas.

Image result for mentega kacang

Sumber: maskulin

Mentega Kacang

Confirm sedap! Dalam mentega kacang ni kebiasaannya akan mengandungi minyak yang akan menghasilkan rasa lemak.  Jadi ia akan bertindak untuk hilangkan rasa kepedasan secara perlahan.

Related image

Sumber: king

Roti 

Tak ramai orang tahu sebenarnya sekeping roti mampu menghilangkan rasa pijar di lidah. Roti adalah kumpulan makanan yang berkanji seperti nasi yang mampu menyerap capsaicin.

Related image

Sumber: suara

Mangga Muda 

Perasan tak kalau makan makanan Thailand kebiasaanya mesti akan ada dua bahan ini iaitu cili dan mangga. Kenapa? Haa ini kerana setiap bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.

Makan pedas ni memang nikmat, betul tak? Tapi harus diingatkan jangan sampai menyebabkan kesihatan anda terganggu. Nak makan tu berpada-pada lah ye. Kalau tak tahan pedas, dah tahu nak cari makanan apa kan, haa jangan lupa kongsi tip ni untuk orang lain juga tau. Semoga bermanfaat!

 

 

 

 

 

Sumber: sowhatmalaysia

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna