Pakai Bra Boleh Sebabkan Payudara Jatuh?

Memakai baju dalam yang tidak sesuai akan menyebabkan payudara jatuh, sakit belakang dan isi di kiri kanan menggeleber.”

Sejak dahulu, wanita sentiasa berusaha untuk nampak cantik. Untuk cantik, seseorang selalu pamerkan diri melalui pemakaian harian. Namun perlu ingat, jangan sekadar cantik luaran sahaja, tetapi dalaman anda mengabaikannya. Tidak salah pun berhias cantik di dalam walaupun tidak ada sesiapa pun yang melihat. Ramai wanita bersikap remeh terhadap baju dalam atau bra yang dipakai sehingga ia tercedera.

Payudara merupakan aset seseorang wanita yang begitu istimewa dan tersendiri. Memiliki payudara juga tidak membuatkan seseorang wanita itu pakar tentang aset miliknya itu. Sebaliknya, ia perlu diiringi ilmu tentangnya. Pengetahuan tentang payudara penting bagi membolehkan sebarang perubahan dikenal pasti dengan mudah. Payudara wujud dalam pelbagai saiz dan dimensi oleh itu anda juga tidak boleh mengharapkan payudara akan kekal dalam bentuk asalnya selamanya dan bra anda juga tidak akan ditukar saiz selamanya tau.

Sumber Foto: 123rf.com

Kebanyakan wanita hari ini membeli bra hanya berdasarkan pada faktor harga berpatutan dan bukannya keselesaan. Ramai yang tidak tahu cara memilih dan memakai saiz bra yang betul dan bersesuaian dengan bentuk badan mereka. Masalah seperti bra ketat menekan bahu dan tisu payudara, sayap belakang yang terangkat dan bra terangkat apabila mengangkat tangan sering diabaikan. Jika anda ingin tahu bra yang anda pakai itu selesa atau tidak, ia mestilah kemas dan sepadan, sayap belakang yang selaras dan tidak terangkat apabila mengangkat tangan.

Anda harus mengambil tahu bentuk payudara kerana bentuk payudara yang berbeza memerlukan pakaian dalam atau bra yang berbeza dan tahu bagaimana hendak mengukur payudara. Payudara harus selalu diukur kerana bentuk dan saiz akan berubah disebabkan perubahan hormon, kehamilan dan menyusu bayi. Memakai bra yang tidak sesuai akan menyebabkan payudara jatuh, sakit belakang dan isi di kiri kanan menggeleber. Apabila telah pasti dengan saiz yang betul, baru anda beli ya. Jangan pakai baju dalam yang sama dalam tempoh yang lama sehingga tiga atau empat tahun. Paling bagus tukar baru setiap tiga hingga enam bulan.

 

IDEA BELI BAJU DALAM

Sumber Foto: google image

  • Bagi payudara kecil, pakai half cup bra, jenis tiga suku atau beralas seperti t-shirt bra dan push-up bra. Ia akan memberi kepadatan tambahan yang diperlukan.
  • Khas yang mempunyai payudara yang besar dan padat memerlukan bra yang bercup penuh kerana dapat menampung payudara serta mengurangkan tekanan pada bahu.
  • Untuk yang berpayudara besar juga boleh gunakan bra berstruktur sokongan dengan kancing 3×3 akan membantu anda menyokong dan mengimbangkan bentuk anda. Lemak atau isi lebihan juga boleh disembunyikan di dalam sayap.
  • Untuk wanita yang mempunyai payudara yang besar dan menjarak, guna bra berstruktur khas agar payudara boleh ditolak ke dalam.
  • Bagi anda yang mempunyai bentuk payudara biasa, anda bernasib baik kerana boleh memakai apa sahaja jenis bra.
  • Jika mempunyai payudara besar dan berbentuk kantung, maka anda sesuai memakai yang berdawai. Ia akan memberi sokongan tambahan bagi menampung dan membentuk payudara dengan baik.

 

 

Sumber: syokcariduit wanista  cosmopolitan.id 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna