Dah Kenapa Suka Kongsi Gambar Anak di Media Sosial?

Nak masuk la gambar ni dalam Insta, biar orang tengok OOTD aku hari ini,”

(Saksikan video penuh di sini)

Bercakap tentang laman media sosial, pasti semua orang mempunyai akaun media sosial sendiri. Sekurang-kurangnya satu akaun. Kalau individu tersebut tidak mempunyai akaun media sosial, ia akan menjadi pelik kerana berinteraksi melalui media sosial sudah menjadi medium utama.

Malah, menurut kajian Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuite dan We Are Social, jumlah pengguna Internet di negara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna yang mewakili 79 peratus penduduk Malaysia dan daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial.

Jadi, ini menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial sehinggakan ada yang berlumba-lumba untuk memuat naik hal peribadi mereka menerusi akaun media sosial. Tetapi, pernahkah anda terfikir apakah tujuan mereka berkongsi perihal mereka di media sosial? Ya! Perkara ini lah yang akan dibincangkan dalam artikel ini.

 

Sumber : kosmo

Nak kongsi dengan orang je…

Walau bagaimanapun, melihat dari sisi individu yang sering memuat naik gambar di media sosial, mungkin bagi mereka ia satu kepuasan apabila dapat berkongsi kegembiraan bersama orang lain. Lebih-lebih lagi, bila baru saja beli barang dari hasil titik peluh mereka sendiri yang mungkin tidak semua orang boleh miliki.

Tetapi, ada di antara mereka merasakan cara itu menunjuk-nunjuk dengan apa yang mereka ada. Sedangkan perkara itu tidak penting pun untuk beritahu kepada orang ramai, walaupun niat mereka untuk jadikan diri mereka sumber inspirasi, supaya orang lain mengikuti jejak langkah mereka.

via GIPHY

Apa pun niat anda, haruslah berhati-hati agar tidak menimbulkan fitnah atau pun menyakiti hati orang sekeliling. Sebelum menulis atau memuat naik sesuatu gambar di media sossial haruslah berfikir dahulu.

Orang jahat senang nak jejak…

Selain itu, dengan memuat naik gambar di media sosial, secara tidak langsung dapat memberitahu saudara-mara yang jauh apa aktiviti seharian kita dan di mana kita berada. Jadi, benda ini akan menjadi bahan bualan dan secara tidak langsung, dapat merapatkan hubungan silaturahim walaupun melalui media sosial.

Seperti biasa, tidak semua orang menyokong apa yang kita fikir kerana mungkin bagi persepsi sesetengah orang pula, mereka lebih memandang ke arah keselamatan untuk mengelakkan daripada perkara buruk berlaku jika terlalu mendedahkan diri di media sosial. Untuk orang jahat menjejaki di mana kita berada sangat mudah.

via GIPHY

Akhir sekali, gambar di media sosial tidak akan hilang. Sentiasa ada, melainkan anda sendiri yang buang gambar pada akaun anda. Jadi, gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial itu semua dapat dijadikan album untuk tatapan anak-anak. Tidak perlu lagi untuk ke kedai kodak, cuci gambar dan simpan dalam album kerana media sosial sudah menjadi album memori kita.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu, zaman sekarang ini, zaman teknologi yang berkembang pesat. Malah, sekeliling kita pun dikelilingi dengan teknologi dan tiada siapa boleh lari teknologi. Cuma, anda perlu jadi pengguna yang bijak supaya tidak kelihatan riak (walaupun ada niat ke arah itu). Cukup sekadar mengikuti kewujudan teknologi moden hari ini.

Sumber :Mom.meAwani 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna